Program TG4M 21 Januari 2017 – Siri 22
Alhamdulillah..
Program Trade Gold For Money (TG4M) telah pun dijalankan pada 21 Januari yang lepas. Program TG4M ini dianjurkan sebagai pembuka tirai program-program Akademi JL buat tahun 2017.
.
Semoga tahun 2017 ini, pihak Akademi JL dapat lagi membantu lebih ramai orang di luar sana untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Sehingga mereka berjaya keluar dari zon kesempitan hidup dan membantu orang lain pula.
.
Program TG4M kali ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang datang dari pelbagai tempat. Ada yang datang dari Johor, ada yang dari Ipoh, ada yang dari Selangor, dan ada juga yang datang dari Sarawak dan Sabah.
.
Nampaknya sambutan program TG4M kali ini sangat memberangsangkan. Kami dari pihak Akademi JL mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Tuan Puan yang datang jauh semata-mata untuk menimba ilmu TG4M.
.
Di dalam program TG4M ini juga kami bawakan Alumni yang lepas untuk sesi perkongsian pengalaman mereka sepanjang proses pembelajaran trading. Semoga perkongsian dari Alumni ini akan dapat membantu membakar Burning Desire dalam diri peserta-peserta yang baru agar mereka tidak mudah mengalah.
.
Melalui pemantauan Akademi JL, kami dapati peserta kali ini kesemuanya adalah Zero Knowledge mengenai trading. Namun, pihak Akademi JL dan Speaker kami iaitu Ir Sofian akan berusaha untuk menggarap mereka ini menjadi trader yang berjaya.
.
.
Di bawah ini adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti TG4M dijalankan:
Diucapkan TAHNIAH & TERIMA KASIH Kepada semua peserta program Trade Gold For Money #TG4M Siri ke 22 kerana memberikan kerjasama terbaik.
Kami doakan anda semua terus maju dan dapat apply kan ilmu yang telah dikongsikan oleh Ir Sofian dalam program #TG4M.
Kami doakan anda semua menjadi Super Trader yang berjaya.
Amin
You are Super Trader!
.
.
Bagi yang berminat untuk menyertai program TG4M ini, anda boleh menghubungi Team Akademi JL ditalian +6019-322 6769 untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut mengenai program
#AkademiJL
#Ajl
#IrSofian










