Teknik Scalping-Cara Entry Engulfing
Teknik Scalping-Cara Entry Engulfing
Teknik Engulfing adalah merupakan strategi dalam bab candlestick pattern yang mana anda perlu melihat kepada bentuk candlestick. Engulfing merupakan salah satu candle reversal signal (crs) yang mana ia memberikan petanda bahawa harga pasaran akan berubah arah mengikut kepada di mana kedudukan timeframe candle tersebut wujud.
Candlestick engulfing adalah gabungan dua candle yang mana candle pertama kecil dan cande kedua besar berlawanan trend seakan memakan habis candle pertama. Ada dua bentuk candle engulfing iaitu bullish engulf dan bearish engulf.
1. Bullish Engulf
Bullish Engulf adalah gabungan dua bentuk candlestick yang mana cs pertama cs sell yang kecil dan cs kedua cs buy yang besar mematahkan perjalanan cs pertama. Untuk entry menggunakan bullish engulf ini, anda perlu melihat kewujudan bentuk candle ini terlebih dahulu dan kemudian membuat zon pada candle tersebut.
Ada beberapa syarat yang anda perlu follow.
- Mesti ada confirmation wujudnya bullish engulf di mana candle pertama cs sell dan candle kedua cs buy yang lebih besar.
- Buat zoning dan tunggu harga pasaran membuat pullback semula ke zone tersebut.
- Entry buy bila harga pasaran masuk semula ke zone bullish engulf.
- Setkan stop loss 20-30 pips bawah dari zone tersebut.
2. Bearish Engulf
Bearish Engulf adalah gabungan dua bentuk candlestick yang mana cs pertama cs buy yang kecil, cs kedua cs sell yang besar mematahkan perjalanan cs pertama. Untuk entry menggunakan bearish engulf ini, anda perlu melihat kewujudan dua bentuk candle ini terlebih dahulu dan kemudian membuat zon pada candle tersebut.
Ada beberapa syarat yang anda perlu follow.
- Mesti ada confirmation wujudnya bearish engulf di mana candle pertma cs buy dan candle kedua cs sell yang lebih besar.
- Buat zoning dan tunggu harga pasaran membuat pullback semula ke zone tersebut.
- Entry sell bila harga pasaran masuk semula ke zone bearish engulf.
- Setkan stop loss 20-30 pips atas dari zone tersebut.
Untuk mendapatkan pemahaman berkenaan cara entry zone candlestick pattern engulf ini, anda perlu membuat latihan dan praktis. Anda boleh buat back test pada data sejarah harga pasaran untuk pemahaman dan menambahkan keyakinan terhadap teknik ini. Semoga sedikit perkongsian ilmu dari kami ini dapat membantu anda memahami lebih mendalam tentang perjalanan dunia trading dan teknikal analisis.