1 March, 2024

Pengurusan Risiko Dalam Trading

2 min read
Kongsikan artikel ini

Pengurusan Risiko Dalam Trading

Bidang trading adalah bidang yang penuh dengan risiko kerana ia adalah pelaburan jenis ‘high risk’. Seperti mana yang anda pernah dengarkan yang trading ini ‘high risk high return’. Oleh sebab itu, sebagai trader, anda perlu bijak dan pandai mengurus risiko dalam trading ini supaya anda dapat meminimakan risiko trading ini.

Melalui ilmu teknikal analisis yang anda sudah ada, dan cara pengurusan risiko yang terbaik, maka anda dapat menjadikan risiko yang dipegang oleh trading ini menjadi rendah. Untuk itu, anda perlu peka dengan empat perkara ini bagi menguruskan risiko trading dengan baik.

1. Peka dengan keadaan sekitar

Keadaan sekitar ini adalah kelengkapan trading yang anda perlukan seperti akaun anda, komputer yang akan anda gunakan, termasuklah jalur internet yang mempunyai jaringan yang kuat. Kelengkapan trading yang lengkap ini akan mempengaruhi perjalanan trading anda nanti.

2. Peka dengan polisi kerajaan

Apakah polisi kerajaan? Polisi kerajaan dalam trading ini adalah dengan memastikan broker yang dipilih mempunyai lesen pendaftaran yang sah. Jika anda menggunakan broker yang tidak regulated, berkemungkinan besar anda akan mengalami masalah dari sudut untuk mengeluarkan wang hasil trading anda di kemudian hari nanti.

3. Peka dengan isu politik, ekonomi dan geografi

Kenapa anda perlu peka dengan isu politik, ekonomi dan geografi? Selain menggunakan kaedah teknikal analisis, anda juga perlu faham bahawa trading ini juga mempunyai pengaruhnya dari sudut fundamental analisis. Oleh itu, nak tak nak, anda perlu juga ambil tahu berkenaan isu ini, lebih-lebih lagi negara yang berkaitan dengan pasaran yang anda trade.

4. Peka dengan risiko pasaran

Apa yang merisikokan pasaran? Salah satunya ialah seperti news berkaitan pasaran anda trade. News ini anda boleh lihat di aplikasi berkaitan atau pada laman web forex factory. Seeloknya anda ambil tahu bila masanya akan ada news yang mempunyai ‘high impact’ supaya anda dapat mengelakkan dari trade ketika news. Kebiasaannya perjalanan pasaran ketika news akan membuatkan pasaran bergerak dengan volatile atau spike. Berhati-hati itu lebih baik dari tiba-tiba akaun anda ranap sebab impact news tidak berjalan mengikut analisis anda.

Sebagai trader yang ingin konsisten lebih lama dalam dunia trading, anda perlu peka dengan perkara-perkara ini supaya anda dapat menjaga risiko trading anda dengan lebih baik. Jika ia dapat mengurangkan risiko trading, siapa yang tidak mahu?

About Author