16 June, 2024

Tips Mengurus Psikologi Dalam Trading

3 min read
Kongsikan artikel ini

Tips Mengurus Psikologi Dalam Trading

Psikologi dalam trading ni sebenarnya sangat memainkan peranan penting sebab segala tindak tanduk yang kita lakukan akan ada berkaitan dengan psikologi juga. Jika anda tidak dapat mengurus psikologi anda dengan baik, ia boleh mempengaruhi cara trading anda nanti.

Di sini kami nak kongsikan dengan anda sedikit tips berkaitan dengan bagaimana untuk anda mengurus psikologi dalam trading ini.

1. Kenalpasti Modal

Sebelum mula trade, anda kena tahu dan kenalpasti dahulu berapa nilai modal yang anda hendak gunakan untuk trade nanti. Dengan mengetahui modal pemula anda ia memudahkan anda untuk berlatih terlebih dahulu di akaun demo dengan nilai modal yang sama.  Kalau anda berlatih dengan modal yang jauh berbeza dengan modal sebenar anda, ia akan mempengaruhi real trading anda nanti.

2. Kenalpasti TP Yang Realistik

Anda kena tahu berapakah nilai Target Profit (TP) yang anda inginkan dan pastikan nilai TP tersebut adalah nilai yang realistik dengan modal yang anda gunakan. Kadang, ada trader yang inginkan TP yang banyak tapi tak padan dengan modal yang kecil. Anda tahukan jika modal kecil tapi target TP nak besar, ia akan menyebabkan akaun trading anda high risk. Sebab itu anda perlu tahu TP yang realistik dengan modal anda. Sekurang-kurangnya anda dapat jaga risiko trading anda dan emosi anda juga.

3. Tahu Berapa Kerugian Yang Relevan

Anda kena tahu berapa nilai kerugian yang sudi anda tanggung dan pastikan nilai tersebut adalah relevan. Sebab apa perlu tahu nilai kerugian? Ia dapat mengawal emosi anda untuk terima dengan kerugian yang anda tahu dan faham. Berlawanan dengan anda yang tidak ‘mengira’ kerugian terlebih dahulu, jika trading anda rugi, anda akan beremosi sebab tidak boleh menerima kerugian tersebut. 

4. Mempunyai Gaya Trading Tersendiri

Seeloknya anda mempunyai gaya trading tersendiri. Bagaimana untuk dapatkan gaya trading ni? Semuanya bergantung kepada pembelajaran dan latihan anda. Tak semua yang anda pelajari akan anda gunakan. Boleh jadi akan ada satu dua teknik atau strategi favorit yang anda suka untuk gunakan sebab anda selesa dengan cara penggunaannya dan tekniknya sudah anda hadam dan dalam genggaman anda. 

5. Tahu Bila Nak Berhenti

Kenapa anda kena tahu bila nak berhenti? Sebab akan ada masa anda terbuai dengan keuntungan demi keuntungan sehingga perasaan tamak akan mula menguasai diri. Ini semua terkait dengan psikologi. Sebab itu penting untuk anda tahu bila nak berhenti. Jika rugi, anda tahu bila nak berhenti. Bila untung, anda tahu bila nak berhenti. Bukan bermaksud berhenti terus dari trading, tapi berhenti seketika untuk refresh kan kembali diri anda dan jaga akaun trading anda.

Kelima-lima tips ini sangat membantu anda dalam menguruskan psikologi anda dalam trading. Mungkin nampak macam remeh, tapi jika psikologi anda tercabar, emosi anda tidak terkawal, padahnya adalah pada akaun trading anda. ia boleh hancur dan lebur begitu sahaja. Sayangilah akaun trading anda seperti nyawa anda sendiri. Jangan merisikokan dengan perkara yang anda sendiri boleh belajar untuk kawal dan minimakan kerugian.

About Author