Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home/akademijl/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 3574
Strategi BBMA - Akademi JL
4 February, 2023

Strategi BBMA

2 min read
Kongsikan artikel ini

Apa Itu BBMA?

BBMA adalah gabungan bagi indicator Bollinger Bands dan Moving Average. Strategi BBMA ini diperkenalkan Oma Ally dan digunapakai meluas oleh kebanyakan trader di seluruh Malaysia, Indonesia dan juga Brunei.

Bollinger Bands mempunyai 3 garis iaitu Upper BB, Lower BB dan Middle BB. Ia digunakan untuk melihat keadaan trend pasaran. Manakala MA pula adalah purata pergerakan harga mengikut tempoh period yang ditentukan. Anda boleh lihat keadaan trend pasaran, tempat nak entry dan exit dari pasaran.

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut tentang BB dan MA di bawah ini.

 

Jadi BBMA adalah gabungan dua indicator ini dalam chart pasaran. Anda boleh terus add indicator dalam MT4 atau MT5 anda  dengan setting default yang sedia ada. Ataupun menggunakan setup Oma Ally iaitu BB 20, MA 5 (High, Low), MA 10 (High, Low) dan MA 50.

Hukum Asas 

Hukum asas yang digunapakai oleh Oma Ally dalam strategi BBMA beliau akan diterangkan di bawah ini. Jadi anda kena fahamkan betul-betul hukum asas ini sebelum membuat keputusan entry menggunakan strategi BBMA.

  1. MA 5 atau MA 10 High tidak boleh keluar dari Upper BB. Dan sama juga dengan MA 5 atau MA 10 Low tidak boleh keluar dari Lower BB. Jika MA ini keluar ia bermaksud trend tersebut mulai melemah dan nak berubah trend.
  2. Candlestick tidak boleh close luar dari Upper BB atau Lower BB. Jika candlestick close diluar Upper BB atau Lower BB, ia menunjukkan bahawa pasaran masih ada momentum trend yang kuat.
  3. Entry buy apabila harga menyentuh garis MA 5 atau MA 10 Low. Dan entry sell apabila harga menentuh MA 5 atau MA 10 High. Tapi pastikan hukum asas (1) dan (2) di atas anda patuhi baru cari entry.

Selain dari hukum asas, ada lagi cara entry yang lain diperkenalkan Oma Ally iaitu jenis Extreme, jenis Market Hilang Volume dan Re-Entry. Untuk info selanjutnya kami akan sambung di posting yang lain pula. Cukup untuk anda fahamkan dahulu tentang bagaimana fungsi BB dan MA, serta hukum asas BBMA dari Oma Ally ini.