Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home/akademijl/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 3574
Support Become Resistance, Resistance Become Support - Akademi JL
4 February, 2023

Support Become Resistance, Resistance Become Support

2 min read
Kongsikan artikel ini

SBR RBS

Sebagaimana yang anda tahu, garis support dan resistance adalah umpama lantai dan siling (bumbung) bagi pergerakan pasaran. Selagi mana pasaran tidak memecahkan SnR tersebut, selagi itu ia masih lagi menjadi tapak tempat trader menunggu untuk take profit atau entry. Bagaimana garis atau zon support dan resistance boleh berubaha peranan? Ia terjadi apabila pasaran berjaya memecahkan garis atau zon tersebut dengan membuat breakout.

Anda boleh baca tentang SNR semula di bawah ini.

Sebelum kami menerangkan lanjut tentang SBR RBS, anda perlu tahu bahawa resistance adalah tempat siling yang berada di atas dari harga pasaran semasa, dan support adalah tempat lantai ang berada di bawah dari harga semasa. Fahami kedudukan SnR ini dahulu sebab ia berubah peranan apabila kedudukan harga juga berubah.

Garis resistance berubah menjadi support apabila harga pasaran membuat kenaikan dan breakout pada resistance tersebut. Maka ia membina resistance yang baru dan resistance yang telah dipecahkan berubah menjadi support kerana teah berada di bawah harga semasa. Begitu juga situasinya apabila harga pasaran menurun dan breakout pada garis support, maka ia akan membina support yang baru dan support yang lama berubah menjadi resistance kerana telah berada di atas dari harga semasa.

Bagaimana? Faham ke bagaimana SnR ini berubah peranannya?

Untuk pemahaman lebih lanjut, anda kena rajin-rajin buat latihan dengan menanda di chart pasaran di mana support dan resistance, dan snr yang berubah peranan. Dengan itu, anda akan nampak dengan lebih jelas tentang perubahan tersebut.