Warning: mysqli_num_fields() expects parameter 1 to be mysqli_result, boolean given in /home/akademijl/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 3574
Asas Prinsip Dalam Teknikal Analisis - Akademi JL
4 February, 2023

Asas Prinsip Dalam Teknikal Analisis

2 min read
Kongsikan artikel ini

Asas Prinsip Teknikal Analisis

Dalam teknikal analisis ada prinsip yang menjadi asas kepada trader. Kiranya dengan asas prinsip ni yang menjadi penguat kepada teknikal analisis. Nak jadi chartis kenalah kuasai ilmu-ilmu asas ini dengan sekukuhnya supaya analisis yang dilakukan lebih tepat. Untuk apa anda perlukan analisis yang tepat? Semuanya kerana untuk anda tahu bilakah waktu sesuai untuk anda beli dan jual di dalam sesebuah pasaran.

Ada 3 asas prinsip dalam teknikal analisis iaitu:

1) Market Action

Market action ini berkaitan dengan harga pasaran, volume dan open interest. Ia menunjukkan bagaimana pasaran tersebut bergerak secara uptrend, downtrend dan juga sideway. Melalui market action ini juga anda boleh lihat keadaan situasi pasaran tersebut serta bagaimana karenah investor dan trader di dalamnya.

2) Price

Price ini adalah harga bagi tiap pasaran yang akan bergerak naik turun berdasarkan kepada supply dan demand, buyer dan seller. Melaui buyer dan seller menyebabkan harga pasaran bergerak naik dan turun mengikut trend.

3) History

History ini adalah sejarah bagi perjalanan pasaran. Melalui history ini anda boleh buat analisis untuk tahu lenggok perjalanan pasaran dan mengjangkakan perjalanan akan datang pula sebab satu perkara yang pasti ialah ‘sejarah sering berulang’ dan begitu juga bagi history dalam pasaran. Pasaran akan bergerak semula ke arah sejarah yang lama. Sebab itu juga akan ada kitaran di dalam pasaran seperti kitaran 10 tahun krisis ekonomi, kitaran 5 tahun dan lain-lain lagi.

Jika anda dapat menguasai setiap dari satu prinsip teknikal analisis ini, sudah tentu anda akan dapat lebih memahami situasi pasaran dengan mendalam. Dan ia akan sangat membantu anda membuat analisis dengan lebih baik dan tepat. Sudah tentu dihujungnya adalah anda tahu di mana untuk entry buy/sell dan di mana untuk anda ambil peluang keuntungan dan letakkan stop loss anda.