14 April, 2024

Ketahui Prosedur Buka Akaun Trading

3 min read
Kongsikan artikel ini

Buka Akaun Trade?

Menceburi bidang trading sememangnya memberikan anda peluang untuk buat duit. Namun, bagi anda yang masih baru lagi nak berjinak dengan dunia trading, mesti anda tertanya-tanya macam mana nak mula trade ni? Nak buaka akaun trading pun tak tahu.

Sebenarnya bukan susah pun untuk anda buka akaun trading ni. Cuma anda tak tahu macam mana prosedurnya saja. Setiap broker mempunyai prosedur yang sama je. Jadi tak susah pun jika anda tahu caranya dan nak buka kat mana-mana broker pilihan anda sendiri.

1. Pilih Broker

Ada banyak broker pilihan yang anda boleh pilih. Anda hanya perlu tahu broker pilihan mana yang anda nak trade, kemudian klik pada ‘Open Trading Account’ atau apa-apa yang menunjukkan kepada buka akaun trading seperti ‘Open real Account’.

2. Verify Account

Anda perlu isi maklumat yang diminta seperti nama, alamat, nombor telefon, dan email. Kebiasaannya inilah data yang selalu diminta oleh broker untuk pedagang buka akaun dengan mereka. Setelah maklumat diisi, anda perlu mengesahkan (verified) data-data tersebut dengan memuat naik dokumen berkaitan. Antara kebiasaan dokumen yang dipinta untuk muat naik adalah gambar kad pengenalan (ada broker yang minta gambar ic diambil bersama selfie muka anda), dokumen tempat tinggal sebagai bukti alamat.

Untuk pengesahan email dan nombor telefon, kebiasaanya anda perlu sahkan di email dan juga sahkan kod yang diberi di nombor telefon anda.

Langkah-langkah di atas ini hanyalah baru untuk anda buka akaun dengan broker. Belum lagi ye buka akaun trading yang membolehkan anda trade. Ada beza tau. Sebab buka akaun denganbroker adalah seperti anda jadi ahli kepada broker tersebut. Dengan keahlian tersebutlah baru anda boleh menggunakan platform trading mereka untuk buka akaun dan berdagang.

3. Buka Akaun Trading

Setelah daftar keahlian dengan broker, anda boleh buka akaun trading pula. Akaun trading ni ada beberapa pilihan sama ada anda nak buka akaun standard atau anda nak buka akaun mikro. Akaun standard adalah jenis akaun yang menggunakan nilai standard semasa anda berdagang. Sebagai contoh, anda masukkan $100usd, maka $100usd juga nilainya terpapar pada akaun trading anda. Manakala akaun mico atau akaun kecil, ia lebih dikenali dengan akaun sen/cent yang mana nilai decimalnya lebih banyak. Sebagai contoh, anda memasukkan $100usd, maka akaun trading anda akan memaparkan nilai $10,000usdc.

Dalam akaun standard pula anda ada pilhan sama ada nak buka akaun jenis MT4 atau MT5. Anda kena lihat kepada apa yang ditawarkan oleh broker tersebut bagi kedua-dua meta trade tersebut, sebab ada broker yang hanya membenarkan stock market pada akaun MT5. Tapi sebagai permulaan ni, anda boleh buka akaun MT4 dahulu.

Kebiasaannya untuk buka akaun trading ni atau real account, anda perlu isi maklumat seperti pilihan akaun (MT4, MT5, Classic, Stop Out, ECN) dan pilihan leverage (1:100, 1:500, 1:1000).

4. Trade

Setelah akaun trading dibuka, anda sudah boleh login dan mulakan trading anda. Mudahkan?

Jika anda berminat untuk buka akaun trading dengan pilihan broker yang kami sediakan ini, anda boleh klik gambar broker di bawah in terus. 

About Author