2 November, 2024

Bounce & Break Dalam Trading

Kongsikan artikel ini

Setiap pergerakan harga ada naik dan turunnya. Jika anda dapat memahami bounce dan break dalam trading, ia akan dapat membantu anda untuk membuat keputusan entry.

Bounce

Bounce adalah lantunan atau u-turn atau reversal dalam trading. Ia terjadi apabila harga tidak berjaya untuk memecahkan garis atau kawasan support & resistance (SnR). Lihat gambar di bawah untuk pemahaman lanjut anda.

Break

Break atau dikenali Breakout (BO) adalah keadaan di mana harga telah berjaya memecahkan kawasan snr dan meneruskan trend sedia ada. Breakout yang terjadi memerlukan momentum yang kuat sekiranya harga pasaran sudah beberapa kali membuat percubaan untuk memecahkan garis tersebut namun gagal. Lihat contoh di bawah ini untuk pemahaman lanjut.

Apa yang anda boleh lakukan dari bounce dan break ini?

Pemahaman anda tentang bounce dan break ini dapat bantu anda untuk membuat entry. Bagaimana?

Jika anda tahu pasaran akan membuat bounce, maka anda boleh meletakkan entry pada kawasan tersebut. Begitu juga jika anda tahu pasaran akan membuat brekaout, anda juga boleh letakkan siap-siap atau tunggu harga membuat breakout dan entry berdasarkan trend yang sedang berlangsung.

Contoh

Sebagai contoh, pasaran sedang uptrend dan berjaya memecahkan garis resistance, maka anda entry buy di kawasan breakout atau selepas breakout  tersebut. Namun, jika pasaran membuat bounce, maka anda entry sell pula di kawasan resistance tersebut.

Jika pasaran sedang downtrend pula, dan harga berjaya menembusi garis support, maka anda boleh entry sell di situ. Dan jika harga pasaran membuat bounce atau reversal pada garis support tersebut, anda boleh entry buy di support tersebut.

Untuk melakukan entry memang mudah. Tapi jangan hanya tahu sekadar entry kerana anda juga perlu tahu di mana untuk meletakkan target keuntungan (TP) anda. Untuk meletakkan tp, anda kena ada pemahaman ilmu trading yang lain pula. Atau bagi trader jenis short term, mereka akan anggarkan berapa pips yang bersesuaian untuk ditutup bagi setiap entry.

Semoga sedikit penerangan dan pencerahan tentang bounce dan break ini dapat membantu anda lebih memahami tentang ilmu trading dan perjalanan pasaran. Sebelum anda membuat entry, pastikan anda sudah terlebih dahulu membuat analisis yang mengukuhkan lagi entry anda. Jangan lakukan entry jika anda sendiri tidak pasti kemana hala tuju pasaran kerana ia hanya akan merosakkan trading anda.