Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Apa Itu Flag Pattern? - Akademi JL
11 December, 2024

Apa Itu Flag Pattern?

Kongsikan artikel ini

Flag Pattern

Chart Pattern merupakan salah satu strategi yang anda boleh gunakan dalam membantu analisis anda. Oleh kerana setiap pattern menunjukkan signal tertentu, jadi anda boleh gunakan pattern-pattern ini bagi membantu analisis dan entry anda lebih baik.

Sala satu chart pattern yang anda perlu ketahui ialah Flag Pattern. Flag Pattern ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan Pennant Pattern, cuma bentuk patternnya  lebih kepada empat segi tepat yang mirip bentuk bendera berbanding Pennant yang bentuk hujung cantum seperti panji.

Formasi Flag ini bermula dengan kewujudan flagpole (batang flag) kemudian ia membentuk flag di mana harga bergerak dalam channel yang miring yang berlawanan arah dari trend yang sebelumnya. Flag ini kebiasaannya muncul dalam sebuah trend yang sedang mempunyai momentum dan dalam short term sahaja.

Terdapat dua jenis Flag iaitu Bullish Flag dan Bearish Flag.

Bullish Flag

Bullish Flag ini bermula dengan keadaan pasaran yang sedang uptrend yang kemudian membentuk flag dan meneruskan trend selepas breakout berlaku. Tempoh durasi bagi pembentukan flag ini mengambil masa bermula dari tempoh satu hingga empat minggu dan tidak lebih dari 3 bulan.

Namun, jika pergerakan pasaran bergerak lebih 4 minggu, pola ini akan mulai kurang efektif disebabkan kesan market dah mula penat terlalu berada lama dalam pattern tersebut. Jika pergerakan harga melebihi 3 bulan, maka ia bukan lagi menjadi flag pattern kerana ia sudah berubah kepada bentuk Rectangles Pattern untuk long term.

Flag ini terbentuk disebabkan pada awalnya mempunyai volume yang sangat besar ketika mengiringi rally trend yang sedang berlangung dan membentuk flagpole. Kemudian volume ini mulai berkurang secara drastik ketika flag pula membentuk. Sebab itu flag berlawan arah dengan trend sebelumnya yang mana flagpole sedang membawa trend up, kemudian flag pula membawa trend down, dan diakhir flag tersebut, volume mulai meningkat semula hingga breakout terjadi dan harga meneruskan trend asalnya.

Bearish Flag

Bearsh Flag pula bermula dengan keadaan pasaran yang sedang downtrend yang kemudian membentuk flag dan meneruskan trend selepas breakout berlaku. Tempoh durasinya mungkin lebih cepat daripada bullish disebabkan kerana sifat menurun memang cepat atas faktor graviti.

Sepanjang flag terbentuk, anda boleh gunakan strategi in dan out pada support dan resistance flag. Disebabkan flag juga berbentuk seperti channel yang menaik atau menurun, jadi, anda hanya fokus pada satu posisi sahaja. Untuk bullish flag, disebabkan flag yang terbentuk downtrend, anda boleh entry sell. Dan untuk bearish flag pula, ia membentuk slopping uptrend, jadi anda boleh fokus buy.

Untuk guna strategi flag pula, apabila harga pasaran membuat breakout pada pengakhiran flag, anda boleh entry buy atau sell (bergantung pada bull atau bear flag) dan targetkan keuntungan anda mengikut setinggi mana flagpole yang terbentuk sebelum ini.

Semoga perkongsian mengenai chart pattern ini akan membantu anda memahami lebih lagi mengenai strategi chart pattern dan juga analisis anda lebih sempurna. Jangan lupa untuk komen dan posting ini jika anda rasa ianya bermanfaat.