26 November, 2020

Pasaran Emas Menjunam Hingga 10,000pips Dalam Sehari

1 min read
Kongsikan artikel ini

Dalam kemelut yang berlaku sepanjang pilihanraya AS antara calon Republik, Donald Trump dan Demokrasi, Joe Biden, akhirnya semalam keputusan telah pun diperolehi di mana Joe Biden diumumkan sebagai presiden Amerika Syarikat bagi sesi kali ini.

Selain isu sentimen berkenaan pilihanraya AS ini, masih terdapat isu yang sangat penting dan ianya boleh dikatakan isu berkaitan global di mana vaksin untuk wabak Covid-19, Pfizer menyatakan hasil kajian menunjukkan tahap keberkesanan vaksin tersebut dijangka mencecah 90%.

Ekoran dari berita tersebut, harga pasaran gold yang sedang bermain sekitar %1960usd/oz telah turun hingga mencecah $1850usd/oz semalam. Satu penurunan yang drastik sebanyak 10,000pips yang mana membuatkan pelabur dan pedagang pasaran gold ini terkesima.

Penurunan drastik ini adalah menunjukkan pelabur mula percaya pada USD dan USD mula mengukuh disebabkan jangkaan vaksin Pfizer akan mendapat sambutan hangat dari seluruh pelosok dunia yang ditulari covid-19 ini. Ia akan mejadi penyembuh kepada wabak dan juga pemulihan kepada ekonomi seluruh dunia juga selepas pandemik ini berakhir.

Semoga berita ini juga menjadi berita gembira buat kita juga demi mengakhiri PKP yang sedang berlangsung dari pandemik dahsyat ini..