2 November, 2024

Teori Elliott Wave Membantu Memahami Pergerakan Pasaran

Kongsikan artikel ini

Teori Elliott Wave ini ditemukan oleh Ralph Nelson Elliott pada tahun 1930an. Sebab itulah namanya teori Elliott diambil dari orang yang menemukan teori ini.

Sebenarnya Ralph Nelson Elliott merupakan professional akauntan dan banyak menghabiskan masa untuk menganalisis pergerakan harga pasran. Dari pantauan dan kajian beliau, akhirnya beliau berjaya menemukan adanya gelombang (yang dinamakan gelombang Elliott) yang membolehkan kita membuat jangkaan terhadao harga pergerakan pasaran.

Ada 6 prinsip dalam Teori Elliott ini iaitu:

  1. Terdapat 2 gelombang utama iaitu impulsif (menaik) dan korektif (menurun)
  2. Gelombang impulsif mempunyai 5 gelombang
  3. Gelombang korektif mempunyai 3 gelombang
  4. Gelombang 2 tidak boleh melepasi permulaan gelombang 1
  5. Gelombang 3 adalah gelombang yang paling panjang
  6. Gelombang 4 tidak boleh melepasi gelombang 1

Dalam nak memahami teori Elliot Wave ini, anda perlu faham dahulu asas pembentukan gelombang tersebut iaitu di mana dalam gelombang (wave) ada gelombang kecil.

Bukan hanya pada gelombang besar, untuk setiap gelombang kecil juga mempunyai gelombang yang sama. Untuk memahmi Elliott Wave ni memerlukan kepada penelitian anda terhadap pergerakan harga pasaran. Bermula denan lihat pada timefram yang besar. Apakah gelombang yang sedang berlaku, dan liihat pula pada timefrma yang kecil. Dengan cara ini, anda boleh tahu jika timeframe kecil sedang membuat gelombang keberapa untuk timeframe yang besar.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan pada gelombang ini bila mana ia sudah mencapai gelombang kelima, tapi masih ada gelombang yang meneruskan perjalanan impulsif. Situasi tersebut boleh jadi kita yang tersalah lihat apda gelombang, atau boleh jadi memang pergerakan pasaran mempunyai gelombang lebih. DI situlah kelemahan Elliott wave yang buatkan kita pening kepala nak mengira wave.

Apa-apa pun, asasnya memang mudah. Hanya perlu hadamkan setiap gelombang menaik ada 5 gelombang dan setiap gelombang turun ada 3 gelombang. Kerana berdasarkan tinjauan dan kajian Elliiott sendiri, ia adalah tabiat yang sering kali dilakukan oleh pasaran. Jadi bila ada jadi situasi yang terlebih tu, itu kena guna teori lain pula.