26 November, 2020

Dua Puak Dalam Ilmu Trading Yang Anda Perlu Tahu

4 min read
Kongsikan artikel ini

Sebenarnya, dalam nak mempelajari ilmu trading ini bukan boleh main hentam belajar semberono aje. Sebab? Di dalam ilmu trading ini terdapat dua puak yang wujud. Ada puak yang merupakan TREND FOLLOWING dan ada puak lain iaitu TREND PREDICTING.

Jadi sebelum anda memasuki dunia trading,  anda perlu tahu bahawa anda ini nak duduk di puak yang mana satu. Anda nak pelajari ilmu trading yang bagaimana? Nak follow atau nak predict? Dua benda yang berbeza tau.

1. Trend Following

Trend following ini bermaksud anda akan trade mengikut gerak market dengan menggunakan bantuan indicator. Oleh sebab indicator ini merupakan signal yang delay, sebab itu anda hanya akan follow pergerakan market. Kemana market bergerak, ke situ anda follow.

Jadi mula-mulanya anda nak kena faham dahulu pergerakan market ni. Kalau anda tak faham, susah untuk anda follow, sebab boleh jadi tersilap follow, anda tersalah masuk entry. Macam mana nak faham market? Dengan bantuan-bantuan dari indicator, anda boleh lihat apakah arah tuju pergerakan market sama ada market sedang menaik, menurun mahupun sideway.

Dari situ baru anda boleh tumpang entry berdasarkan pergerakan market. Bila anda dah tahu market sedang up, anda pun tumpang entry buy. Dan bila anda nampak market sedang down, anda pun tumpang entry sell. Ianya bergantung kepada kefahaman anda membaca signal indicator dan pergerakan market.

Tapi, sebab ini adalah trend following, sudah tentu bukan habuan ikan besar yang anda boleh dapatkan. Cukup sekadar ikan bilis, ikan kecil-kecil aje. Setakat tumpang entry semasa perjalanan market bergerak, anda hanya boleh ambil keuntungan dalam tempoh yang singkat. Boleh jadi sesingkat 10 minit, atau sejam, atau paling-paling pun satu hari.  Oleh sebab itu, ilmu ini hanya sesuai untuk anda yang trade berskala timeframe kecil. Anda digelar sclaper atau intraday trader. Ia juga sesuai untuk anda yang memang suka hadap market dan nak buat duit poket hari-hari.

Untuk pengetahuan anda, ilmu trend following ini adalah ilmu yang kami ajarkan dalam silibus TG4M kami. Kini dalam bentuk DVD GTI. Hanya dengan menggunakan indicator yang anda plug in kan dalam chart, anda follow aje lenggang lenggok market dan tumpang sedikit rezeki dari market dengan tekan buy atau sell dan letak terus target keuntungan atau pips yang kecil sebagai sasaran anda.

2. Trend Predicting

Manakala, trend predicting pula bermaksud anda membuat analisa terhadap market terlebih dahulu untuk anda cari di mana target harga untuk anda entry dan tp. Kiranya anda menjangkakan kemanakah arah pasaran akan pergi. Macam bomohlah. Meramalkan apa yang berlaku. Tapi analisa yang anda lakukan ini adalah untuk menjangkakan perjalanan market seterusnya.

Macam mana anda nak analisa? Macam mana anda nakk predict? Kena ada ilmu. Ilmu untuk menganalisis pergerakan market akan datang adalah ilmu teknikal analisis.

Bermula dari chart yang kosong, anda cuba cari di mana titik harga lepas yang terendah, yang tertinggi, digabungkan pula dengan ilmu support dan resistance, ditambah pula dengan pemahaman ilmu Dow, untuk membantu anda memahami mengapa market bergerak sedemikian rupa.

Tak cukup dengan itu, anda tambah pula dengan pemahaman anda tentang supply dan demand serta fungsi volume dalam transaksi buy dan sell oleh buyer dan seller juga. Ilmu Elliot wave adalah kaedah yang sinonim dengan cabang ilmu trend prediction sebab anda kena faha, daam wave ada wave.

Anda gabungkan pula pemahanan tentang chart pattern, ilmu high low, tahu penggunaan ilmu fibonacci, SnR dan ilmu logik selain dari ilmu inter market. Kesemua-semua ilmu dalam teknikal analisis ini anda hadamkan dan terjemahkan pada sebuat market untuk anda tahu hala tuju market tersebut. Di mana point-point untuk entry, untuk reversal, untuk take profit  dan untuk stop loss juga.

Jika anda lihat, nampak macam terlalu susah dan beratkan cabang ilmu trend predicting ni kan? Sebab bukan sahaja anda perlu analisis dan faham pergerakan market, anda juga perlu bijak menggunakan pelbagai timeframe dalam menganalisis dan memahami perangai market.

Dari situ baru anda boleh membaca dan menjangkakan kemana market akan bergerak. Dari mana sampai ke mana. Jika market tak ke situ, anda tahu market akan kemana pula jalannya. Dengan ilmu trend predicting ini, jiwa anda akan lebih tenang. Seolah-olah anda sudah ada GPS, Waze atau Maps dalam trading anda.

Untuk pengetahuan anda, ilmu trend predicting ini adalah ilmu yang saya ajarkan dalam silibus Simplified Trading Signal (STS) saya yang dahulunya diajarkan selama 3 hari. Bermula tahun 2012, saya upgrade dan simplified kan pada tahun 2015, dan sejak 2018 ia telah di online kan. Pembelajaran secara online short course selama 3 bulan seperti anda mengambil short course pendek di universiti. Ada assignment yang anda perlu buat dan submit untuk melihat dan mengukur kemahiran anda.

Di dalamnya terdapat 15 strategi trading yang anda perlu hadamkan dan strategi yang terakhir adalah strategi untuk entry. iaitu strategi Recipe TG4M yang kami keluarkan menjadikan teknik trend following.

Anda dah sedia untuk belajar?

Jika dah, pastikan anda tahu anda nak duduk di puak yang mana.. Nak jadi puak trend following dengan menjadi scalper atau intraday trader? Atau nak jadi puak trend predicting dengan menganalisis pergerakan market dengan menjadi swinger?

Apa pun ilmu yang anda belajar, letakkan usaha anda 100% atau lebih lagi. Jangan terlalu berharap untuk sentiasa di suap kerana mereka yang sering kali di suap akan kurang pergerakan tangan sendiri. Akhirnya anda jadi lemah. Jadilah trader yang kuat menghadapi badai dan ombak trading. Supaya anda tetap kekal berdiri tegak di dalamnya..