Bagaimana Mengukuhkan Kewangan Anda?
Belakangan ini ramai dari kita yang mengalami masalah kewangan lebih-lebih lagi disebabkan pandemik yang berlaku. Tidak kira usia tua atau muda, masing-masing menerima tempias yang sama. Waima kami sendiri juga turut terkesan sama.
Ramai juga yang kami jumpa berkongsikan masalah yang sama iaitu kewangan. Mana nak fikirkan lagi perbelanjaan bulanan serta hutang yang tertunggak. Sekarang masing-masing mula melangkah untuk perlahan-lahan membaiki ekonomi diri sendiri.
Di sini kami nak kongsikan serba sedikit berkenaan kewangan. Mungkin anda boleh ambil ia sebagai tips untuk anda perbaiki lagi kewangan diri anda. Termasuklah kami juga.
1. Buat perancangan simpanan
Buat perancangan untuk simpanan anda. Orang kata sebaiknya menyimpan 10% dari gaji yang kita dapat. Bagi kami pula, anda juga boleh buat simpanan berdasarkan kepada tempoh masa short term, mid term dan long term.
2. Mengurus perbelanjaan dengan baik
Anda juga perlu mengurus perbelanjaan kewangan anda dengan bik. Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu anda ambil tahu. Berbaloi atau tidak untuk anda tetap berbelanja pada barang-barang bukan keperluan?
3. Tambah pendapatanÂ
Anda juga boleh tambahkan lagi pendapatan anda bagi menampung perbelanjaan kewangan anda. Tidak kira apa cara sama ada anda jadi dropship mahupun anda buat pelaburan.
4. Menyimpan seawal boleh
Kalau boleh, menyimpanlah seawal yang boleh. Jangan bertangguh-tangguh lagi sebab semakin hari usia kita semakin bertambah. Jika tiada simpanan langsung, bagaimana dengan kehidupan kita pada masa akan datang?
5. Ada perlindungan insurans
Ambil insurans bagi melindungi diri anda, keluarga anda dan harta anda. Sekurang-kurangnya, jika sesuatu berlaku pada diri anda atau harta anda, ada insurans dah tolong cover. Ini yang ramai selalu lecehkan.
6. Sentiasa kaji semula penstrukturan kewanganÂ
Setiap bulan atau quater, anda kaji semula kewangan anda. Jika perlu untuk anda buat penstrukturan semula, buat! Perbaiki semula cara anda manage kewangan anda supaya kewangan anda boleh kekal kukuh.
Yang mana anda boleh ambil, ambil dan buatlah tindakan segera. Sebab jika anda terus biarkan masalah kewangan ini berlarutan hingga makan bulan, makan tahun, sampai ke sudah anda tidak dapat keluar dari masalah kewangan ini.
Kami percaya, memang waktu ini semua orang struggle untuk hidup. Namun tindakan yang kita ambil yang akan menentukan perbezaan masa depan kita nanti dengan orang lain.