2 November, 2024

Salah Faham Saham Emas & Trading Gold

Kongsikan artikel ini

Ada soalan yang ditanyakan kepada AJL berkenaan trading gold. Adakah ia sama seperti saham?

Sebenarnya soalan ini sudah berulang kali ditanyakan kerana kami pasti dunia trading ni masih lagi belum dipelopori secara keseluruhannya di dalam Malayisa. Walaupun sudah semakin banyak peningkatan orang awam tentang trading gold, namun bagi mereka yang menjinakkan diri dalam dunia saham, mungkin sukar untuk mereka ini mengubah persepsi dan minda mereka tentang trading. Kerana mereka sudah terdedah dengan cara dan sistem saham itu berjalan.

Sebenarnya, dalam dunia trading ini ada banyak medium trading yang boleh dipilih selain Forex seperti Index, Futures, Stock Market dan Comodities. Kalau Malaysia ada Bursa Saham yang menawarkan saham-saham syarikat dalam Malaysia, trading Stock Market pula membawa saham-saham syarikat antarabangsa seperti Alibaba, Facebook, Blacberry, Apple, dan banyak lagi. Pasaran emas pula adalah duduk di bawah komoditi iaitu bahan semula jadi dari bumi.

Bagi mereka yang pernah melabur saham, perlu difahami bahawa pelaburan dalam saham Malayisa dan pelaburan dalam trading adalah sesuatu yang berbeza. Ia bukanlah konsep yang sama yang ada menunjukkan kaunter-kaunter syarikat untuk dibeli sahamnya. Jadi ketepikan dikiran dan mindset anda tentang saham seperti itu. Trading bukan konsep seperti itu.

Oleh kerana trading merupakan pasaran dua hala yang membolehkan pelabur dan pedagang (trader) trade secara dua hala iaitu boleh BUY dan boleh SELL. Tidak seperti saham yang menawakan pasaran sehala yang mana pelabur perlu beli semasa harga saham rendah dan jual semasa harga saham dah naik. Bukan seperti itu.

Bila sebut pasaran dua hala yang membolehkan anda beli dan jual, ia bermaksud semasa anda tahu pasaran akan menaik anda entry buy dan ketika anda tahu pasaran akan menurun anda entry sell. Macam mana nak anda tahu pasaran sedang naik atau turun? Itu semua memerlukan ilmu yang mendalam dalam trading.

Oleh kerana pasaran dunia ini mempunyai supply dan demand, mempunyai buyer dan seller, kelebihan yang dapat diambil dari pelaburan pada pasaran dua hala adalah anda dapat mengaut keuntungan ketika harga pasaran naik mahupun turun. Mungkin bagi pelabur saham akan rasa sedikit pelik kerana mindset anda telah terkunci dengan gaya rentak saham. Tapi jika anda tahu corak pergerakan pasaran dunia ini, sudah tentu anda juga berminat untuk berjinak-jinak dalamnya.

Berbalik pada persoalan awal. Adakah saham syarikat emas dan trading gold ini sama?

Ia adalah sesuatu yang berbeza. Di mana syarikat-syarikat pengeluar emas bukan hanya di Malaysia, bahkan seluruh dunia juga merujuk pada harga emas pada pasaran emas dunia ini tetapi mereka menterjemahkan harga tersebut pada nilai matawang negara masing-masing. Pasaran emas dunia disandarkan pada nilai matawang Dollar per troy oz. Jadi, pasaran yang anda bakal trade (gold) tersebut adalah menunjukkan harga emas dunia yang sebenar. Walaupun kita bukanlah pelabur yang bermodalkan modal yang besar seperti bank-bank dan institusi kewangan, tetapi kita dipanggil trader kecil yang menumpang pada pasaran international untuk mendapatkan sedikit duit poket.

Bagi anda yang nak trade pasaran emas ini, anda perlu fahamkan betul-betul sistem dan cara trading ini supaya ianya tidak merosakkan hasil trading anda kerana salah faham jual beli saham.