Fungsi Indicator Stochastic Sebagai Kunci Entry

Sebelum ini kami dah terangkan mengenai fungsi indikator bollinger band, jadi untuk hari ini kami nak dedahkan kepada anda satu indakator yang menjadi KUNCI untuk anda entry dalam pasaran.
Tapi anda perlu faham bahawa indicator ini hanya pemudah cara untuk anda lihat pasaran dan ia memberikan signal yang lambat sedikit kerana ia menterjemahkan dalam bentuk indikator selepas harga semasa berjalan.
Bagaimana stochastic ini boleh jadi kunci untuk entry?
Fungsi kunci ni sama aje macam anda nak start engine kereta. Sudah tentu untuk menggerakkan kereta tu anda perlukan kunci untuk start engine. Macam itu jugalah stochastic ini jadi kunci untuk anda entry dalam pasaran. Sebab untuk entry anda perlu tentukan sama ada nak buy atau sell.
Setelah anda confirm akan trend pasaran, anda dah tengok indicator lain untuk tentukan situasi trend dan untuk entry, anda perlu lihat sama ada sudah ada kunci untuk anda masuk atau tidak. Menggunakan stochastic ini dapat bantu anda buy dan sell di kawasan yang lebih deep. Maksudnya anda boleh mendapatkan keuntungan yang lebih kerana buy or sell on deep bukan entry di tengah jalan.
Jadi, saya sarankan anda untuk tahu dahulu trend pasaran sebelum entry. Sebab stochastic ini bukan untuk anda lihat trend, tapi untuk anda masuk pasaran selepas anda dah confirmkan trend.
Jika pasaran sedang uptrend, anda perlu entry buy. Untuk entry bukan boleh entry terus je. Anda perlu lihat sama ada pasaran sudah sesuai atau tidak untuk anda masuk. Lihat contoh saya berikan di bawah ini untuk anda masuk buy.
Dalam stochastic ini ada 2 garis iaitu garis biru dan merah. Dan anda perlu buat penambahan lagi 2 garis di dalam settingnya iaitu tambah garis level 20 dan 80 untuk anda lihat bagaimana stochastic menunjukkan kuncinya. Level 20 dan 80 inilah yang membantu anda untuk entry dengan lebih deep berbanding anda entry pada level-level tengah.
Untuk entry buy, anda lihat stochastic ini menurun ke level 20 ke bawah dan bersilang garisnya di mana garis biru duduk di atas dari garis merah, di situlah anda boleh entry buy. Tapi jangan pula anda gunakan stochastic untuk close pula sebab stochastic ini untuk entry aje..
Manakala, jika anda dah confirm pasaran sedang downtrend dan anda nak entry sell pula, anda boleh entry bila kunci stochastic dah tunjukkan signal.
Di mana stochastic dalam keadaan menaik dan dua garis biru dan merah stochastic itu telah melepasi level 80 serta bersilang yang menjadikan garis merah berada di atas garis biru. Itulah kunci untuk anda entry sell. Sebab bila stochastic dah turun di situlah anda kaut keuntungan sell anda. Sama lah macam kalau entry buy.
Macam mana? Mudahkan untuk anda fahamkan fungsi indikator stochastic ini?
Jika anda trade pada pasaran yang besar, anda perlu pastikan kesemua timeframe sudah ada signal yang sama dan entry dengan melihat pada timeframe yang lebih kecil.
Cukuplah pendedahan kami berkenaan kunci entry ini. Kalau anda dapat kuasainya, gunakanlah method apa pun, anda mesti dapat profit yang lebih baik. Tapi macam yang kami maklumkan, sebelum entry anda kena confirmkan dulu trend yang sedang berlangsung. Baru entry follow trend. Sekiranya uptrend cari signal entry buy. Jika downtrend cari signal untuk entry sell.