Fungsi Indikator Bollinger Bands
2 min readSetiap trader pasti tahu mereka perlu kuasai ilmu-ilmu dalam trading bagi membolehkan mereka ini trade dengan betul. Hendak ambil keputusan antara buy dan sell juga memerlukan kefahaman mendalam tentang trading. Apa tanda yang menunjukkan boleh buy dan apa tanda yang menunjukkan boleh sell.
Oleh itu, ramai trader akan sibuk mempelajari teknik-teknik trading bagi memahirkan diri entry dengan tepat. Di dalam trading, terdapat indikator-indikator yang merupakan tools siap sedia yang dapat membantu trader untuk membuat keputusan. Indikator ini semua peru dipelajari satu persatu kerana tidak kesemuanya berbentuk sama. Walaupun indikator adalah salah satu signal atau tanda yang lambat (delay signal), tetapi ia tetap membantu trader dari sudut trading.
Kebanyakan trader yang merupakan scalping trader atau intraday trader, akan menggunakan indikator bagi membantu memantau entry dan exit dalam tempoh yang sekejap. Berbanding trader yang menggunakan ilmu teknikal analisis untuk trade secara long term.
Antara banyak-banyak indikator, bollinger bands adalah satu satu indikator yang diminati oleh trader kerana mereka dapat lihat sama ada pasaran mempunyai momentun trend ataupun sideway.
Apabila BB mulai mengembang ke atas dengan harga mencanak keluar dari upper band, ia menunjukkan adanya momentum uptrend. Anda boleh entry buy dan close selepas harga masuk sepenuhnya dalam upper band.
Manakala jika BB mulai mengembang ke bawah dengan harga menjunam melebihi lower band, ia menunjukkan adanya momentum downtrend. Anda boleh entry sell dan close selepas band menguncup dan harga masuk sepenuhnya dalam lower band.
Dan pasaran dalam keadaan sideway bila mana bollinger bands menguncup dan harga bergerak ke atas kebawah menyentuh kesemua garis BB. Untuk entry buy dan sell secara in & out, anda perlu lihat range antara upper dan lower band besar ataupun tidak.
Di bawah ini adalah contoh dari chart sebenar untuk pemahaman anda lebih jelas.