Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Memahami Supply & Demand Dalam Trading - Akademi JL
11 December, 2024

Memahami Supply & Demand Dalam Trading

Kongsikan artikel ini

Supply & Demand

Jika sebelum ini kami dah terangkan mengenai strategi support dan resistance, untuk kali ini topik yang bakal kami terangkan pula adalah mengenai strategi supply dan demand. Walaupun ia mungkin nampak lebih kurang sama dengan SnR, tapi ada kelainannya juga.

Dalam menganalisis pergerakan harga pasaran, trader memerlukan kefahaman yang mendalam bagi setiap ilmu teknikal analisis. Termasuklah ilmu berkenaan strategi supply dan demand. Sememangnya dalam pasaran pasti ada supply (penawaran) dan pasti ada demand (permintaan) yang bakal menggerakkan harga turun naik pasaran.

Apa Itu Supply?

Supply ialah penawaran yang wujud dalam pasaran. Zon supply akan berada di atas dari harga semasa pasaran.

Apa Itu Demand?

Demand ialah permintaan yang wujud dalam pasaran. Zon demand akan berada di bawah dari harga semasa pasaran.

Apa  Fungsi SnD?

SnD ini adalah berfungsi untuk melihat kawasan-kawasan yang wujudnya supply dan demand dalam pasaran. Selain itu, anda boleh gunakan SnD untuk melihat rally trend. Sama ada rally sudah habis atau belum. Dengan erti kata lain, anda boleh lihat sama ada selepas berada di zon SnD, harga akan tembus dan meneruskan perjalanan atau akan membuat reversal seperti dalam contoh di bawah ini.

Jika anda perhatikan gambar di atas, tindakan harga pasaran sama ada berjaya breakout atau membuat bounce semula adalah keluar dari akumulasi (consolidate). Maknanya ada trend, kemudian accumulate dan masuk trend semula. Jadi anda boleh peka dengan bentuk-bentuk (empat) di atas jika menganalisis menggunakan SnD.

Untuk cara meletakkan atau melukis zon SnD akan kami terangkan dalam artikel yang lain pula ye. Anda boleh gabungkan pemahaman anda tentang breakout & bounce untuk melakukan sebarang entry.