27 September, 2020

Mencari Target Keuntungan Menggunakan Fibo Expansion

2 min read
Kongsikan artikel ini

Setelah mengetahui tentang fibonacci dan tools fibonacci retracement, hari ini kami ingin berkongsi pula mengenai tools trading fibinacci expansion.

Bagi anda yang terlepas artikel kami mengenai fibonacci ini, anda boleh klik topik di bawah ini untuk baca terus ye.

Untuk makluman anda, fibonacci expansion ini digunakan untuk anda mencari target keuntungan bagi sesebuah trend. Setelah berlaku perubahan trend sama ada dari uptrend ke downtrend mahupun sebaliknya, anda boleh tarik fibo expansion ini untuk melihat sejauh mana perjalanan trend pasaran tersebut.

Sebelum menggunakan tools fibo expansion ini, anda perlu mencari tahu dahulu apakah pasaran telah membuat perubahan trend. Cara untuk melihat perubahan ini berlaku atau tidak, anda perlu gunakan teknik atau strategi trendline terlebih dahulu.

Setelah jumpa di manakah perubahan trend berlaku, baru anda tarik fibo expansion ini di kawasan point (lembah/puncak) yang kedua. Ada dua cara untuk tarik fibo tersebut. Jangan sampai anda tersilap tarik sebab fibo tersebut jenis berkaki tidak sama seperti tools fibo retracement.

Anda boleh lihat gambar di bawah ini yang menunjukkan tempat tanda kaki V yang sepatutnya anda letakkan. Contoh di bawah menunjukkan penggunaan trendline iaitu UTL dan LTL dalam melihat perubahan trend. Setelah perubahan trend terjadi, garis fibo expansion ditarik.

Setelah menempatkan kaki-kaki fibo, anda boleh lihat sejauh mana target keuntungan yang anda boleh letakkan. Cukup mudahkan untuk anda menggunakannya?

Apa lagi tunggu?

Cepat-cepat buka platform mt4 anda untuk mula mempraktiskan tools fibo expansion ini.