Macam Mana Nak Withdraw Duit Profit Copytrade?
Ada yang bertanyakan kepada pihak AJL macam mana nak keluarkan duit profit yang dapat dari copytrade. Anda ada beberapa pilihan untuk macam mana nak keluarkan duit profit yang anda peroleh dari akaun copytrade.
Ini pilihan anda:
1. Keluarkan tiap kali dapat profit.
2. Keluarkan tiap minggu atau akhir bulan.
3. Keluarkan bila dah capai 1 amount yang anda nak.
4. Keluarkan bila dah cukup 100% untung.
Kami pasti anda sendiri ada perancangan anda sendiri tentang bila anda nak keluarkan wang profit anda itu. Tapi bagi sistem copytrade ni ada lain sikit dari anda trade sendiri. Sebab anda kena tunggu hingga semua transaksi ditutup atau enrty yang ada sudah close. Apabila tiada entry yang sedang floating baru anda boleh keluarkan duit profit anda itu.
Sebenarnya ada sebab kenapa macam tu sistemnya. Disebabkan kerana anda terikat dengan akaun trader lain dan ada profit sharing yang perlu diagihkan setiap kali profit, anda tidak perlu withdraw dan transfer personal kepada kami duitnya sebab semua tu sistem yang akan buat.
Apabila sistem yang auto nak kirakan, dia perlukan akaun tu dalam keadaan tiada apa-apa position. Barulah dia dapat nak kira berpaa percent nak tinggal dalam akaun anda , dan berapa percent nak pindahkan ke akaun trader yang anda follow. Percent tu ikut pada yang telah disetkan oleh trader dan yang anda sendiri setuju apabila copytrade mereka.
Apabila dah tak ada posisi barulah anda boleh keluarkan duit profit anda tu. Anda boleh keluarkan masuk terus ke wallet anda, atau anda boleh masukkan ke satu akaun anda yang lain dbuka khusus untuk kumpul semua profit anda. Tapi kalau amount yang anda nak keluarkan tu banyak, boleh aje anda terus withdraw masuk bank anda..
Seperti yang kami maklum tadi, setiap broker memang tawarkan banyak cara untuk deposit dan wihtdraw. Tapi kebiasaannya broker akan tetapkan syarat kita hanya boleh withdraw ikut cara kita deposit dulu. Deposit guna LD, withdraw guna LD. Deposit guna kad, withdraw guna kad. Deposit guna wallet, withdraw guna wallet. Begitulah caranya.
Mudah je kan sebenarnya untuk withdraw?
Anda boleh godek-godek dalam member area atau cient area akaun anda tu tentang deposit dan withdraw. Kami pasti ada caranya (button) di situ.