22 September, 2023

Bagaimana Merancang Perjalanan Trading Anda?

3 min read
Kongsikan artikel ini

Jika anda ingin terlibat dalam dunia trading, apakah perancangan dan matlamat anda? Jika belum ada, anda sudah boleh mula merancang sebab hidup ini kita kena ada matlamat. Barulah perjalanan yang kita lalui tu akan menuju ke hala tuju yang kita inginkan. Jika tidak, ia hanya akan menyebabkan anda terkapai-kapai dan tiada hala tuju.

Begitulah juga dalam trading. Anda perlu ada perancangan dan matlamat supaya anda tahu apa yang anda buat itu menjadi atau tidak, berkesan atau tidak, dan berbaloi atau tidak.

Di sini kami akan tunjukkan kepada anda tentang beberapa contoh perancangan dan matlamat yang boleh anda jadikan sebagai panduan atau guideline anda dalam merancang nanti. Ini adalah contoh plan journey untuk tempoh 10 bulan.

Plan Journey 1

Jika anda mempunyai modal sebanyak $500 sebagai permulaan, anda boleh mulakan perancangan anda dengan mengatur strategi target keuntungan pada setiap bulan mendatang. Boleh jadi setiap bulan anda targetkan keuntungan yang sama atau setiap bulan ada peningkatan keuntungan.

Bermula dengan modal $500, anda target untuk dapatkan keuntungan $50 setiap bulan. Jadi, apabila sampai 10 bulan anda telah pun mendapat keuntungan $500 bersama dengan modal awal menjadikan jumlah target yang anda ingin capai terlaksana iaitu $1,000.

Plan Journey 2

Jika anda mempunyai modal sebanyak $1,000 sebagai permulaan trading dan anda target sepanjang 10 bulan anda ingin capai $30,000. Adakah perancangan anda ini nampak seperti melampau? Jom kita lihat bagaimana untuk anda mengatur strategi trading jika ini adalah target anda.

Jika anda lihat, target $30,000 ini jika dibahagikan dengan 10 bulan menjadikan setiap bulan anda perlu mendapatkan  keuntungan $2,900. Satu nilai yang agak tinggi kerana melebihi 100% keuntungan dari modal asal. Oleh itu, anda tidak boleh gunakan strategi target keuntungan yang sama setiap bulan. Tapi anda perlukan target yang sedikit pada awal hingga cecah satu nilai yang membolehkan anda gunakan lot size yang lebih besar.

Untuk dapatkan target keuntungan #$30,000, anda perlu gunakan strategi compounding di mana lot size yang digunakan akan turut berubah mengikut modal yang semakin bertambah. Anda boleh target 40% pada 5 atau 6 bulan terawal, dan kemudian naikkan peratusan keuntungan kepada 60% pada 4 bulan terakhir. Dengan itu, anda boleh capai target yang anda inginkan pada akhir journey ini.

Untuk perancangan kedua ini ianya agak berisiko kerana target yang anda inginkan agak tinggi. Oleh itu, anda perlukan strategi trading dan kawalan kewangan yang betul-betul kuat supaya anda boleh mencapai hasil seperti yang anda inginkan.

Plan Journey 3

Jika anda mempunyai modal sebanyak $5,000 dan ingin mencapai target $10,000 pada akhir journey, anda boleh lakukan hal yang sama seperti dalam perancangan sebelum ini. Target dapat 100% dalam tempoh 10 bulan adalah tidak mustahil jika kena cara dan gayanya.

Jika anda target 10% setiap bulan pun anda dah boleh dapatkan target $10,000 pada akhir journey. Lebih selamat kan? Sebab apa lah sangat 10% setiap bulan. Bukan satu nilai yg terlalu tinggi atau berisiko sangat seperti perancangan pada journey kedua sebelum ini.

Anda boleh buat 1 kali entry dengan lot size 0.50 dan target 200 pips setiap entry. Jadi anda dah boleh dapat $100 untuk setiap entry tersebut. Yang best nya, anda hanya perlu buat 5X entry sahaja setiap bulan bagi mendapatkan $500 dan sudah capai 10% keuntungan pada bulan tersebut. Dan jika anda boleh konsisten dengan entry yang bagus sepanjang tempoh tersebut, maka anda boleh capai target journey anda tersebut.

Tapi bagaimana pula dengan trader yang menggunakan lot size yang tidak bersesuaian dengan modal yang dia ada? Jika anda tergolong dalam orang yang mempunyai modal yang kecil dan tidak boleh menggunakan lot size yang besar, maka apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menukar strategi anda. Anda tidak boleh bergantung pada lot size, tetapi pips dan berapa kali trade. Gunakanlah lot size yang bersesuaian dengan modal anda,  dan besarkan target pips serta perbanyakkan bilangan hari untuk trade bagi mencapai target keuntungan yang anda inginkan.

Lepas ni anda dah bolehlah buat plan journey anda pula. Berapa modal anda nak mula. Berapa lama anda punya journey nak capai target anda itu. Boleh jadi journey trading anda selama 6 bulan, boleh jadi setahun, atau lebih. Ikut pada diri anda sendiri. Jika anda dah dapat target yang anda letakkan, bolehlah pula anda teruskan dan buat journey yang baru pula.

Semoga perkongsian kami ini memberi pencerahan buat diri anda dalam merancang journey trading anda selepas ini. Jangan lupa untuk kongsikan artikel kami ini ye jika anda rasa ianya bermanfaat kepada diri anda dan orang lain.

About Author