Bagaimana Anda Nak Kira Modal Ikut Rules Money Management?
3 min read
Apabila bercakap soal trading, ramai yang bertanyakan soalan ini kepada kami iaitu berapa modal yang diperlukan? Sebenarnya soal modal ini bergantung kepada trader sendiri kerana masing-masing tidak mempunyai keupayaan yang sama. Kami sendiri faham ramai yang cuba untuk jadikan hasil trading ini sebagai duit tambahan kerana keadaan hidup yang sangat mencabar sekarang ini.
Oleh itu, sebenarnya soal modal ini bergantung kepada diri anda sendiri. Berapa yang anda ada? Berapa yang anda boleh jadikan modal? Berapa yang anda sanggup untuk dijadikan modal hangus?
Kerana apabila berada dalam dunia trading, sudah tentu modal yang anda letakkan itu akan berada dalam keadaan berisiko untuk hangus. Sebab itu juga kami menyarankan agar anda tidak menggunakan wang kecemasan atau wang dari pinjaman tidak kira sedara, kawan mahupu bank. Sebab anda perlu faham jika duit anda lebur, maka itulah risikonya yang anda perlu hadapi. Seeloknya anda gunalah duit yang jika hangus, anda tidak berasa ralat.
Dari sudut trading pula, Ir Sofian selalu nasihatkan studentnya agar follow rules Money Management (MM) supaya mereka dapat kurangkan dan minimakan risiko kerugian. Gunakan lot size yang bersesuaian dengan modal yang anda sendiri ada. Jangan terlebih overtrade hingga membuka ruang kepada kerugian atau Margin Call (MC) yang buat duit anda hangus.
Hari ni kami nak kongsikan juga dengan anda bagaimana untuk anda mengira modal anda mengikut rules MM ini. Di bawah ini adalah rules MM yang seharusnya anda follow apabila trade nanti. Kami berikan berapa nilai modal dan berapa nilai maksimun lot size yang anda boleh masuk dengan bermodalkan sekian sekian.
Modal Lot Size
$1000 = 0.10
$100 = 0.01
$5000 = 0.50
$10,000 = 1.00
Sekarang, tanya pada diri anda berapa nilai lot size yang anda nak masuk?
Jika anda nak gunakan lot size 0.20, anda perlukan modal sebanyak $2000. Jika anda nak gunakan lot size 0.05, anda perlukan modal sebanyak $500. Dan nilai lot size yang paling kecil ialah 0.01 iaitu dengan modal $100. Mudahkan untuk kira?
Apabila anda mempunyai modal $100 dan lot size yang anda boleh guna ialah 0.01, maka transaksi atau entry yang anda boleh masuk ialah 1 kali entry sahaja. Dan anda perlu tunggu hingga ia ditutup dahulu, baru anda boleh masuk entry yang lain pula. Jika anda letak 2 atau 3 entry, bukankah lot size anda sudah menjadi 0.03 dan ia sudah melebihi dari rules MM yang ditetapkan?
Sebenarnya ada juga trader yang akan masuk beberapa entry walaupun mereka mempunyai modal yang kecil. Tapi, itu adalah risiko yang mereka sendiri sanggup untuk tanggung jika jadi apa-apa pada trading mereka. Apa pun keputusan adalah di tangan anda sendiri sama ada anda ingin mengikuti rules MM, mengambil langkah berjaga-jaga atau mengambil risiko yang ada.
Kalau tanya pada kami berapa modal sesuai untuk trade, kami akan jawab $1000 sebab ia adalah nilai yang sesuai dan selamat. Walaupun anda boleh guna lot size maksimum 0.10, tetapi anda juga boleh kurangkan lagi penggunaan lot size tu. Jadi anda dapat mengurangkan lagi risiko yang anda tanggung. Namun, jika ada yang bertanya lagi rendah, maka nilai $500 adalah jawapan yang dapat kami bagi. Itu aje lah tahap yang paling rendah yang kami boleh berikan. Ini hanya pandangan kami. Setiap orang kan ada pandangan berbeza-beza. Jadi terpulang pada anda juga untuk bermula dengan modal berapa. Asalkan anda mengambil langkah berhati-hati dalam trading.