Macam Mana Nak Kira Lot Size?
2 min read
Dalam trading, perkara yang menjadi kemusykilan trader adalah bagaimana untuk meletakkan lot size ketika mereka trade. Ada yang takut jika lot size yang diletakkan adalah tidak bersesuaian atau terlalu besar boleh membuka ruang kepada risiko kerugian yang tinggi.
Oleh itu, hari ini kami ingin membongkarkan kepada anda bagaimana untuk anda mengira lot size dengan menggunakan pips dan profit. Dalam situasi ini, anda perlu tahu berapa banyak pips yang anda target dan berapa banyak pula profit yang anda inginkan dari pips tersebut. Dari situ baru kita boleh kita nilai lot size yang boleh diletakkan untuk trade anda.
Di sini kami akan berikan contoh kepada anda dari sudut pengiraan supaya anda dapat lihat dan cuba buat sendiri bagaimana untuk mendapatkan lot size tersebut.
Mengikut formula di atas ini, anda perlu letakka nilai pips dan profit yang anda target. Sebagai contoh, lihat pengiraan kami buat di bawah ini.
1) Pips = 250pips & Profit = $50
Lot Size X 250pips = $50
Lot Size = $50 / 250pips
Lot Size = 0.20
Jawapan : Lot Size = 0.20
2) Pips = 1000pips & Profit = $200
Lot Size X 1000pips = $200
Lot Size = $200 / 1000pips
Lot Size = 0.20
Jawapan : Lot Size = 0.20
3) Pips = 500pips & Profit = $15
Lot Size X 500pips = $15
Lot Size = $15 / 500pips
Lot Size = 0.03
Jawapan : Lot Size = 0.03
4) Pips = 100pips & Profit = $3
Lot Size X 100pips = $3
Lot Size = $3 / 100pips
Lot Size = 0.03
Jawapan : Lot Size = 0.03
Macam mana? Boleh faham ke pengiraan yang kami tunjukkan di atas ini? Kami harap anda boleh faham bagaimana untuk anda mengira lot size anda berdasarkan pips dan profit yang anda terget kan. Sebelum meletakkan pips dan profit, pastikan anda faham bahawa nilai yang anda letak itu adalah nilai yang releven dan masuk akal.
Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada anda tentang bagaimana untuk anda mengira sendiri lot size anda. Apa pun, berhati-hati di dalam trading dan pastikan anda sentiasa upgrade ilmu anda dari semasa ke semasa.
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila share kan artikel ini dengan rakan anda yang lain.