16 June, 2024

Bagaimana Anda Merancang Trading Anda Bergantung Kepada Posisi Anda Dalam Pasaran

3 min read
Kongsikan artikel ini

Jenis Trader

Bagaimana anda merancang trading anda mengikut kepada posisi anda?

Sebelum merancang cara dan gaya trading anda, anda perlu tahu apakah posisi anda di dalam trading. Adakah sebagai Scalper? Intraday? Ataupun Swinger?

Kenapa penting untuk tahu posisi anda sebelum trade?

Sebab cara trade bagi setiap posisi tidak sama. Untuk trader short term dan long term mereka ini akan melihat pada timeframe yang berbeza. Oleh itu anda perlu faham kedudukan anda sebagai trader dalam pasaran. 

Scalper – Jika anda adalah scalper, posisi anda di dalam pasaran adalah sekejap sahaja. Lebih kurang dalam 10 minit macam tu. Dan anda akan kerap melakukan transaksi jika entry yang anda lakukan itu hanya dapat kaut keuntungan yang sedikit. Anda perlu menghadap pasaran untuk entry dan exit. Timeframe yang anda kena lihat adalah M1, M5, M15, M30, dan H1. 

Intraday – Jika anda jenis trader intraday, posisi anda dalam pasaran adalah dalam waktu satu hari sahaja. Ini bermaksud anda akan tutup posisi anda pada malam hari atau sebelum masuk keesokan harinya. Setiap entry yang anda lakukan adalah hanya dalam satu hari aje. Timeframe yang anda kena ihat adalah M5, M15, M30 dan H1.

Swinger – Jika anda jenis swing trader, posisi anda dalam pasaran adalah dalam tempoh yang lebih panjang dari scalper dan intraday. Entry yang anda lakukan akan berada lama dalam pasaran sebelum ia ditutup seperti dalam tenpoh 2 minggu atau sebulan kerana anda adalah trader jenis long term dalam pasaran. Timeframe yang anda kena lihat adalah H1, H4 dan D1. 

Sebenarnya ada lagi satu posisi trader iaitu Momentum Trader. Tapi kami rasa tak ramai jenis momentum trader yang sanggup membiarkan entry mereka floating berbulan lamanya. Oleh itu, kami proceed aje dulu dengan tiga jenis posisi trader ini kerana ia lebih releven dengan diri anda. 

Setelah penerangan kami di atas, anda dah tahukan anda ini jenis trader yang bagaimana? Jadi selepas ini mudahlah untuk anda mengatur strategi trading anda mengikut posisi anda. Jangan sampai tersilap aturan kerana jika anda tersilap ia akan memberi kesan kepada trading anda nanti. 

 

Rancang Trading – Target Untung

Berapa target keuntungan yang anda inginkan dalam sebulan? Cuba fikirkan! Dan pastikan ianya releven dengan modal yang anda ada. Macam mana dari target keuntungan yang anda inginkan ini anda boleh dapatkan kiraan untuk berapa kali trade anda perlu lakukan? 

Di sini kami bagi anda contoh macam mana untuk anda buat kiraan terhadap perancangan trading anda ini. Katakanlah anda mempunyai modal sebanyak $1000 dan inginkan target keuntungan sebanyak $250 sebulan. Begini cara untuk anda dapatkan berapa kali trade dan berapa banyak keuntungan yang anda perlu dapatkan untuk setiap kali trade. 

  1. Swinger – $250/2w = $125
  2. Intraday – $250/5@4w = $50. $50/5d = $10 
  3. Scalper – $250/5@4w =$50. $50/5d = $10

Jika anda Swinger, anda perlu lakukan 2 kali trade dan setiap kali trade anda perlu dapatkan keuntungan sebanyak $125. Jika anda Intraday atau Scalper pula, anda perlu trade sebanyak 5x dalam seminggu selama sebulan atau 5 minggu dan anda kena pastikan setiap entry anda itu mendapat keuntungan $10. Barulah anda boleh capai target $250 dalam tempoh sebulan yang anda inginkan. 

Sebenarnya apa yang kami berikan ini hanyalah contoh dan gambaran sahaja tentang bagaimana untuk anda rancang trading anda. Segalanya bergantung kepada anda kerana nilai modal dan keuntungan yang anda inginkan sudah pasti berlainan dengan contoh yang saya berikan. 

Apa yang penting dalam merancang trading anda ialah pastikan nilai yang anda inginkan adalah releven dan boleh dicapai. Jangan terlalu mengejar keuntungan yang melampau kerana anda perlu tahu di dalam trading ini bukan hanya mempunyai untung, tetapi juga mempunyai rugi. 

Semoga perkongsian ini akan memberikan pencerahan kepada anda dan semangat untuk anda ubah atau plan trading anda pula. Sila kongsikan dengan rakan anda artikel ini jika ia bermanfaat.

About Author