14 April, 2024

Gaya Hidup Norma Baharu Mengikut SOP Sepanjang Tempoh Fasa Pemulihan (PKPP)

2 min read
Kongsikan artikel ini

Bermula hari ini iaitu 10 Jun 2020, kita sudah masuk ke fasa baharu iaitu fasa pemulihan (PKPP) di mana tempoh PKPP ini bakal berlangsung selama 2 bulan sehingga 31 Ogos 2020. Jika sebelum ini, tempoh PKP kita kebiasaannya dilanjutkan 2 minggu ke 2 minggu. Namun kali ini kerajaan terus meletakkan 2 bulan untuk tempoh fasa pemulihan sehingga mereka menjumpa vaksin dalam tempoh tersebut.

Walaupun kita sudah berada dalam tempoh fasa pemulihan, ia bukanlah menunjukkan bahawa kita sudah pun menang melawan virus covid-19 ini disebabkan kerana kita masih lagi belum menjumpai vaksin untuk virus ini. Oleh itu, sebagai rakyat kita perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya kita dapat menghentikan penularan wabak ini.

Bermula 10 Jun ini juga sudah semakin banyak jenis perniagaan diberi kebenaran untuk mula beroperasi setelah sekian lama terpaksa menutup perniagaan. Termasuklah kita dibenarkan untuk melancong dalam negara serta sudah boleh merentas negeri tanpa memerlukan surat kebenaran polis lagi.

Namun, sepanjang tempoh pemulihan dan kebenaran yang diberikan, janganlah kita lupa tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk tetap hidup dalam gaya norma baharu supaya kita tidak menjadi punca kepada tersebarnya semula penularan wabak yang mengerikan ini. Jika sebelum ini frontliner telah bertungkuslumus, kali ini biarlah kita pula menjadi frontliner juga.

Bagaimana gaya hidup norma baharu yang sepatutnya kita jadikan sebagai tabiat dan kebiasaan kita?

1. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air. Jika anda berjalan di luar, pastikan anda membawa sanitizer sebagai langkah berjaga-jaga.

2. Memakai facemask jika anda berada di kawasan publik.

3. Jaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan jangan menyentuh atau bersalaman dengaan orang lain.

4. Pastikan anda mengikuti SOP yang telah ditetapkan setiap kali masuk ke kawasan premis atau kedai-kedai. Anda boleh memuat turun aplikasi MySejahtera untuk check-in bahawa anda memasuki kedai tersebut dan jangan lupa untuk memeriksa suhu badan anda..

5. Jangan berkumpul secara ramai di sesuatu tempat tidak kira tertutup atau terbuka.

Anda boleh mengamalkan SOP ini sepanjang tempoh pemulihan selama 2 bulan ini dan sehinggalah wabak ini berjaya terhapus dari bumi. Memang susahlahkan sebab jika tengok pada pandemik yang lepas pun setiap pandemik makan masa lebih dari 2 tahun untuk hilang. Hanya mampu berdoa semoga kes covid-19 ini dapat selesai segera dan ekonomi negara kita dapat bangkit dan pulis seperti asal.

Jika sepanjang 2bulan ini kita dapat mengawal kes covid-19 dari meningkat dengan sentiasa patuhi SOP, maka kita kan mulai masuk fasa normalisasi iaitu menjadikan gaya hidup norma baharu ini sebagai normal.

About Author