Sat. Jun 6th, 2020

Sistem Copytrade Boleh Buat Duit Tanpa Perlu Trade

3 min read
Kongsikan artikel ini

Anda bukan Trader? Tapi teringin nak buat duit dengan pelaburan trading juga? Dah lama tengok orang lain jana pendapatan dengan trading, tapi anda sendiri tak ada keyakinan boleh belajar dan hadam semua ilmu trading. Tak apa, ada jalan lain untuk anda selain jadi Trader.

Sebenarnya, anda boleh jadi pihak Investor di dalam trading di mana anda perlu mendaftar sebagai pelabur dan mengambil copytrade dari trader. Macam mana tu?

Copytrade ini adalah salah satu cara untuk bantu ramai orang mendapatkan wang dengan cara mudah denganmenjadi Investor kepada Trader. Pada awal-awal dahulu, tidak banyak broker yang menawarkan sistem copytrade ini. Namun, sejak kebelakangan ini, sudah semakin banyak broker yang dapat menyediakan copytrade ini dengan sistem yang lebih baik.

Kini, pihak Investor sudah tidak perlu untuk trade atau membuat apa-apa analisa kerana segalanya diuruskan oleh Trader. Apa yang perlu disediakan oleh Investor hanyalah modal. Namun, perlu juga diketahui bahawa apabila Investor melibatkan diri dalam bidang trading walaupun hanya menggunakan copytrade, dia juga terdedah dengan risiko yang sama seperti Trader hadapi iaitu berhadapan dengan risiko kerugian.

Oleh itu, pihak Investor perlu faham bahawa apabila mereka mengambil copytrade entry dari Trader, tiada gantirugi yang akan ditanggung oleh Trader. Sebab itu Investor perlu membuat pilhan tepat dalam memilih Trader yang ingin dijadikan follower copytrade. Apakah jenis risiko yang Trader yang mereka follow? Adakah jenis Trader yang mempunyai entry yang berisiko tinggi, sederhana atau rendah?

Tapi, satu yang Investor kena faham, dalam trading sudah tentu akan ada untung rugi. Ini yang perlu disematkan dalam kepala. Jangan hanya fikirkan soal untung sahaja tanpa dapat menerima soal kerugian kerana bidang trading adalah bidang yang berisiko. Ia adalah bidang pelaburan yg High Rish tapi High Return.

Bagi pihak Investor, mereka cuci tangan aje dah dapat untung. Macam mana pula dengan penat lelah Trader yang berhempas pulas membuat analisis, menghadap chart, dan memikirkan strategi? Adakah mereka ini tidak mendapat apa-apa sedangkan segala titik peluh mereka ini diambil orang dengan mudah?

Bagi pihak Trader, mereka boleh meletakkan profit sharing di mana jika ada mana-mana Investor yang ingin mengikuti segala entry mereka, ada pihak Investor yang ingin copytrade sistem mereka, mereka perlu berkongsi keuntungan berdasarkan peratusan yang ditetapkan oleh Trader. Sangatlah sesuai dengan contribution yang dilakukan oleh Trader dalam membuat analisis dan trading sistem mereka. Dari sudut ini, Trader juga boleh jana pendapatan sampingan dengan ilmu analisisnya itu.

Adakah Trader boleh akses akaun Investor? Jangan risau. Investor 100% dapat mengawal akaun trading mereka. Nak masuk duit, nak keluar duit, nak tambah lagi modal dan sebagainya, ikut kepada perancangan Investor tu sendiri. Boleh jadi Investor keluarkan semua keuntungan lepas dapatdan tinggalkan modal asal sahaja. Boleh jadi Investor gandakan modal asal dengan duit keuntungan. Semua terpulang kepada Investor kerana Trader tidak boleh buat apa-apa terhadap akaun trading mereka.

Oleh itu, dari sudut pengurusan kewangan, Investor juga perlu mempunyai sedikit info dan perancangan untuk akaun copytrade nya sebelum memulakan copytrade. Kerana jika Investor tidak menguruskan kewangannya dengan betul, boleh jadi akaun copytrade nya hancur jika terjadi sesuatu pada Trader atau pasaran kelak.