Sat. Jun 6th, 2020

Strategi Paling Asas Dalam Menganalisis Pasaran Ialah Strategi Trendline

3 min read
Kongsikan artikel ini

Kami rasa ramai yang akan setuju dengan kenyataan ini apabila kami katakan bahawa Trendline merupakan staretgi paling ASAS untuk menganalisis pasaran. Setiap trader atau chartist yang nak memulakan analisis pasaran pasti akan memulakan dengan melihat trendline dahulu.

Apakah keistimewaan TRENDLINE?

Melalui trendline ini anda dapat lihat sama ada pasaran akan berubah trend ataupun tidak. Maksud berubah trend tu adalah jika trend dalam keadaan up, adakah ia akan berubah down, begitu juga sebaliknya. Bagaimana anda nak guna strategi trendline ni?

Strategi trendline ini adalah satu garis yang perlu anda lukiskan pada chart untuk anda lihat adakah berlaku perubahan pada trend pasaran atau tidak. Tetapi untuk melukisnya ada beberapa syarat yang perlu anda ikuti barulah sah penggunaan garis trendline tersebut. 

Kenapa perlunya strategi trendline ini?

Strategi ini penting sebab sebelum anda melakukan sebarang entry, anda kenalah tahu apakah trend yang sedang berlangsung pada pasaran tersebut. Adakah masih mempunyai peluang untuk anda entry ketika itu ataupun anda perlu tunggu peluang baru?

Haa.. Itulah sebab anda perlukan garis trendline untuk melihatnya. Bagaimana untuk melukis garis trendline ini?

Anda hanya perlu lukis 1 garisan pada chart pasaran. 

Chart Downtrend

Jika chart dalam keadaan menurun, letakkan 1 garisan di puncak pasaran tersebut. Sekurang2nya kena ada 2 puncak untuk sahkan syarat tersebut. Selagi mana harga pasaran belum lagi memecahkan garis trendline yang dibuat melebihi puncak 1 dan 2, maka trend tersebut masih down macam contoh yang kami berikan di bawah ini. 

Ini pula adaah contoh dalam bentuk chart. Contoh ini menunjukkan bahawa pasaran gold telah berjaya memecahkan garis trendline. Oleh itu, trend pasaran gold yang sebelum itu menurun sudah bertukar kepada uptrend setelah memecahkan garis trendline tersebut. Bagi trader yang bijak, jika mereka sedar akan perubahan yang berlaku seawal breakout tersebut, maka mereka boleh entry buy di kawasan tersebut. Itulah fungsinya strategi trendline ini. 

Chart Uptrend

Manakala, jika chart dlm keadaan menaik, letakkan juga 1 garisan pada lembah pasaran tersebut. Sekurang2nya 2 lembah utk cukup sah syarat trendline ini. Selagi harga pasaran tidak pecahkan garis yang dibuat dan turun melebihi lembah 1 dan 2, maka trend masih up.

Contoh di bawah ini pula contoh dalam chart pasaran pula di mana harga pasaran telah berjaya memecahkan garis trendline yang dilukis. Jika sebelum ini chart pasaran bergerak dalam keadaan up, selepas pecahkan garis trendline ia berubah kepada down pula. Trader boleh entry sell jika lihat ada peluang bagus. Untuk lihat peluang yang bagus, trader dinasihatkan untuk menganalisis menggunakan strategi yang lain sebelum melakukan entry. 

Tidak semestinya satu strategi sudah boleh menunjukkan kepada anda untuk terus entry, tetapi ia boleh menunjukkan anda sudah ada signal. Jadi anda boleh confirmkan untuk entry dengan beberapa strategi trading yang lain untuk melihat peluang yang paling sesuai dan terbaik untuk entry.  

Strategi trendline ini merupakan strategi STS01 dalam silibus program Simplified Trading Signal yang kami jalankan sejak dari tahun 2015. Ia merupakan 1 daripada 15 strategi yang ada dalam silibus tersebut. Sudah tentu ia yang paling asas sebab itu ia strategi yang nombor satu yang diajarkan kepada student. 

Penguasaan yang baik terhadap trendline juga adalah menunjukkan kepada pemahaman anda terhadap pasaran dan ia akan membantu anda menganalisis dengan lebih baik. 

Semoga perkongsian ini akan membantu anda memahami lebih lanjut tentang bagaimana untuk menganalisis pasaran.

Jika anda berminat untuk dapatkan buku teknikal analisis keluaran kami ini, boleh hubungi pihak AJL di talian 019-3226769.