Sat. Jun 6th, 2020

Mengurus Kewangan Dalam Trading

3 min read
Kongsikan artikel ini

Mengurus Kewangan

Sekiranya anda melibatkan diri dalam bidang trading, anda perlu bijak menguruskan kewangan anda kerana ramai dari kalangan trader gagal mengurus kewangan dan akhirnya mengakibatkan mereka berhadapan dengan risiko yang tinggi. Bagaimana untuk mengurus kewangan anda? Ia perlu bermula seawal anda ingin melabur lagi.

Pada awal anda melabur, anda perlu setkan dalam minda anda bahawa duit yang anda bakal laburkan itu adalah untuk duit hangus. Dalam erti kata lain, duit yang anda boleh leburkankan. Ya. Dalam bidang trading ni memang sebegitu. Kerana rugi itu pasti. Untung itu belum tentu lagi. Sekurang-kurangnya anda akan dapat mengawal emosi anda ketika duit pelaburan anda lebur kerana memang itulah lumrahnya.

Setiap pelaburan sememangnya mempunyai risiko tersendiri. Jadi agak mustahil jika kami katakan bahawa pelaburan dalam trading ini hanya menguntungkan. Kami tidak boleh menjanjikan bulan bintang sedangkan anda perlu tahu akan senario sebenarnya.

Jika anda tanya adakah trading ini boleh buat anda buat duit, ye betul. Trading ni adalah salah satu pelaburan yang memberikan pulangan yang sangat cepat berbanding pelaburan yang lainnya. Tapi, sebagaimana yang anda sedia maklum, setinggi mana pulangannya, setinggi itu juga risiko yang perlu anda tanggung.

Oleh sebab itu, sebelum anda menceburkan diri dalam bidang trading anda perlu menguasai ilmu-ilmu berkaitan dengan trading seperti ilmu teknikal analisis, ilmu trading, skill trade, cara mindset yang betul serta cara mengurus kewangan dengan baik.

Lot Size

Dalam trading, setiap transaksi yang dilakukan mempunyai lot size yang perlu anda tentukan. Lot size ini disarankan bersesuaian dengan modal yang anda laburkan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai modal $1000usd, maka lot size paling maksima yang anda boleh gunakan untuk satu hari itu adalah 0.10 sahaja.

Kenapa macam tu?

Ini kerana jika anda menggunakan lot size yang berlebihan, dikhuatiri jika anda mengalami kerugian, maka kerugian anda juga akan lebih besar. Oleh itu, anda perlu gunakan lot size yang bersesuaian kerana untuk melabur ini bukanlah kita lihat kepada amount berapa banyak anda boleh dapat dari satu transaksi, tetapi berapa lama anda dapat kekal berada dalam pasaran.

Konsisten berada dalam pasaran akan membuatkan keuntungan yang anda miliki sikit demi sedikit akhirnya akan menjadi banyak juga.

Wihtdraw

Selain penggunaan lot size, anda juga perlu mengeluarkan duit keuntungan yang anda perolehi. Sebaiknya jangan dibiarkan terlalu lama di dalam akaun trading kerana duit trading selagi tidak dikeluarkan berpotensi besar akan jika rugi semuanya akan lenyap.

Jadi jika anda tidak mahu mengalami kemurungan akibat duit anda lebur, lebih baik anda withdraw dan rasai duit tersebut. Barulah anda akan merasai nikmat pelaburan yang anda lakukan.

Kerana inilah salah satu kesalahan yang sering dilakukan trader apabila mereka tidak mengeluarkan duit tersebut, apabila pasaran tidak berjalan seperti yang dijangkakan, akhirnya duit keuntungan mereka yang dah beranak pinak itu hangus macam itu aje tanpa dirasai.

Oleh sebab itu, anda perlu bijak mengurus kewangan trading anda supaya pelaburan yang anda lakukan tidak sia-sia dan menjadi berbaloi.