2 November, 2024

Sektor Industri Yang Mampu Bertahan & Berkembang Di Saat Krisis

Kongsikan artikel ini

Apabila krisis wabak melanda, kebanyakan sektor industri terjejas akibat daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, masih ada lagi beberapa sektor industri yang lain yang masih mampu bertahan dan berkembang sewaktu krisis wabak ini melanda.

Apakah yang menyebabkan kepada industri tersebut mampu bertahan berbanding yang lain?

Antara penyebab paling kuat adalah kerana ia adalah industri yang mengeluarkan barang keperluan kepada penduduk. Barang keperluan ini adalah barang yang wajib setiap penduduk membeli atau menggunakannya.


Di bawah ini adalah senarai industri yang masih dapat kekal bertahan sepanjang krisis melanda:

1. Sektor Makanan
2. Sekotr Pertanian
3. Sektor E-Dagang
4. Sektor Kesihatan
5. Sektor Perubatan
6. Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi


Kesemua industri ini mampu bertahan sewaktu krisis wabak ini melanda kerana setiap orang juga memerlukan sektor-sektor tersebut. Maka bagi mereka yang bekerja dalam industri tersebut akan dapat meneruskan kehidupan mereka sewaktu wabak ini kerana industri ini masih lagi berjalan.

Bagi industri lain seperti pelancongan, maritim, automotif, pembinaan, ppembuatan barangan bukan keperluan, kewangan, pelajaran, gas dan minyak, sektor ini semua akan terjejas sementara krisis wabak ini masih belum selesai.


Oleh kerana tempoh berkurung ini masih lagi berjalan, maka setiap orang hanya perlu pastikan mereka berada di rumah dan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tiada siapa yang dapat nak melancong waktu ini. Nak beli kereta pun bukan satu keperluan. Bahkan bayaran untuk pinjaman bank bagi rumah atau kereta mereka juga ditangguh 6 bulan. Mereka perlu lebih pandai dan bijak berjimat cermat memilih kemana wang mereka ingin dibelanjakan buat sementara waktu ini.

Bagi yang hilang pekerjaan, sudah tentu terputus segala pendapatan mereka sewaktu wabak ini. Inilah yang paling dikasihankan. Walaupun kerajaan memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), namun ia belum tentu dapat bertahan jika PKP ni masih dilanjutkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.



Kita lihat sahaja kepada negara China yang merupakan asal wabak ini bermula. Negara merek terus lockdown selama 3 bulan bagi memutuskan rantaian wabak ini. Dan kini sudah tiada peningkatan kes di China. Cuba kita bayangkan jika negara kita terpaksa mengalami situasi yang sama. Maka apa yang bakal terjadi pada mereka yang tiada pendapatan ini?

Sama-samalah kita berdoa agar wabak ini dapat lenyap terus dari bumi ini. Walaupun rasa hati ini besar kemungkinan kita akan puasa dan raya di rumah sahaja.