Fri. Apr 10th, 2020

Covid-19 VS Market Crisis – Apa Yang Patut Buat?

3 min read
Kongsikan artikel ini

Covid-19 VS Market Crisis – Apa Yang Patut Buat?

Disaat wabak corona virus atau covid-19 melanda 159 negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Singapura, kami melihat keadaan pasaran dunia juga sedang mengalami kejatuhan yang sangat teruk.

Jika dahulu Ir Sofian pernah jangkakan bahawa krisis ekonomi dunia bakal berlaku pada bulan februari tahun 2020 atau dalam quarter 1 setelah melihat ia tidak berlaku pada tahun 2018 mahupun tahun 2019.

Walaupun krisis ekonomi ini sebenarnya sesuatu yang sudah dapat kita dijangka kerana kitarannya menjelang tiap 10 tahun, namun kita tak pernah jangka sebegini dahsyat ia akan terjadi. Ikutkan memang Ir Sofian pernah kata tahun 2018 atau krisis dunia kali ini akan lebih teruk daripada apa yang terjadi pada abad sebelum ini. Pasaran akan buat kejatuhan yang lebih dahsyat impaknya berbanding apa yang pernah terjadi pada tahun 2008. Namun, kami sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dahsyatnya itu selagi ia tidak datang.

Beberapa hari ini, kami melihat sendiri bagaimana waktu yang ditunggu-tunggu akhirnya sedang berlaku dan terjadi. Penurunan harga pasaran dunia seperti Down Jones, SnP500, Nasdaq, dan lain-lain sangat menggerunkan. Bahkan pasaran emas serta perak juga mengalami kejatuhan yang masih lagi menunggu satu masa untuk emas melonjak naik lebih tinggi dari harga tertinggi yang pernah dicatat sebelum ini.

Lihat kejatuhan pasaran Dow Jones hari ini aje sudah 19,000 mata, di tambah dengan kejatuhan sebelum ini telah menyebabkan Dow Jones telah jatuh hampir separuh daripada hampir 30,000. Sebelum ini memang kami tertunggu-tunggu sebab melihat kenaikan Dow sudah terlalu tinggi (over bought) dan hanya menunggu masa.

Adakah hanya kerana jentikan Covid-19 ini yang telah menyebabkan krisis ekonomi dunia berlaku? Hanya kerana wabak dari satu negara di China telah menjadi titik tolak kepada berlakunya krisis ekonomi dunia. Penularan wabak covid-19 ini sangat menakutkan seluruh dunia apabila virus ini berjaya merebak keserata negara hanya berdasarkan sentuhan.

Apa yang perlu kita buat kesan dari covid-19 dan krisis ekonomi ini? Bagaimana untuk kita tetap bertahan dalam situasi seperti sekarang ini?

Buat masa sekarang ini, kita perlu tetap dahulu di rumah untuk isolasi diri kita supaya wabak covid-19 ini akan dapat berkurang dan penularannya dapat dihentikan. Apabila kita duduk di rumah, sudah tentu gaji atau pendapatan yang sepatutnya kita dapat terputus. Oleh itu apa yang boleh kita lakukan sepanjang tempoh duduk di rumah tapi tetap dapat duit poket walaupun sedikit?

Seperti yang Ir Sofian pernah bagitahu sebelum ini daripada kelas TG4M yang AJL jalankan mengajarkan pelajar untuk trade dari rumah. Alhamdulillah, buat masa sekarang ini ramai student dan alumni kami yang dapat buat duit poket sendiri dengan situasi sekarang ini.

Mungkin anda juga boleh fikirkan bagaimana untuk belajar dan keluar dari masalah kewangan. Tidak kiralah modal anda kecil atau besar, tapi saranan kami mulakanlah perlahan-lahan dalam merubah nasib anda.

Jom dengarkan lebih lanjut dalam LIVE dari Ir Sofian di bawah ini.

https://web.facebook.com/IrSofianFan/videos/141342457263072/