Fri. Apr 10th, 2020

Pertama Kali Situasi Seperti Ini Berlaku Di Malaysia. Adakah Darurat?

2 min read
Kongsikan artikel ini

Pertama kali situasi seperti ini berlaku di Malaysia. Situasi di mana kerajaan terpaksa mengumumkan perintah kawalan pergerakan bagi mengurangkan penyebaran dan penularan wabak penyakit corona virus atau lebih dikenali dengan covid-19. Perintah kawalan pergerakan ini telah menghentikan banyak industri dari beroperasi tidak kira sektor kerajaan mahupun swasta dan semua rakyat wajib duduk di rumah tanpa melakukan aktivit di luar.

Situasi seperti ini adalah pertama kali dilalui oleh kami juga sepanjang tempoh  kita hidup. Mungkin bagi orang-orang lama yang pernah hidup dari zaman penjajah dahulu, mereka sudah merasai bagaimana zaman darurat di mana semua rakyat kena duduk di rumah dan tidak dibenarkan keluar. Jika keluar tentera akan tembak.

Namun, apabla kerajaan laksanakan perintah kawalan pergerakan ini, bila banyak syarikat ditutup, ramailah yang merancang pulang ke kampung. Tapi apabila Ketua Polis Negara (KPN) mengeluarkan perintah jika hendak keluar negeri lain, perlukan surat pelepasan dari balai polis berdekatan, maka berpusu-pusulah orang ramai pergi ke balai polis demi untuk dapatkan surat pelepasan sehingga menyebabkan kepada pengumpulan secara beramai.

Tak pasal-pasal KPN terpaksa tarik balik arahan tersebut supaya orang ramai tidak serbu balai polis. Kami rasa tujuan KPN lakukan sebegitu adalah bagi mengurangkan orang ramai dari bergerak keluar dari tempat masing-masing dan tetap diam di tempat mereka. Tetapi lain pula yang jadinya apabila mereka semua serbu balai polis.

Akibat pengumpulan orang secara ramai tadi boleh jadi faktor penyebaran covid-19 pada mereka di kampung pula dan wabak ini akan terus tersebar luas sebab tindakan tersebut. Jika selepas ini berlaku peningkatan kes covid-19 ini, nampaknya penyebaran itu akan lebih meluas.

Dari segi tindakan yang terjadi mungin atas sebab ada yang terpaksa melakukannya seeperti isu universiti ditutup dan diperintah balik. Dan juga mungkin ada yang terpaksa pulang kerana tiada yang tologn jaga anak mereka dan mereka terpaksa bekerja pula. Perintah yang dikeluarkan pun tiba-tiba. Apa pun, ini adalah kali pertama Malaysia menghadapi situasi seperti ini dan cuba untuk menanganinya.

Mengerikan lagi Malaysia berada dalam tetangga tertinggi bagi negara Asia dalam peningkatan kes covid-19 ini dan disahkan pula terdpat 2 orang yang meninggal dar covid-19 ini menjadikan wabak yang melanda in semakin serius dan perlu ditangani segera.

Belum lagi dari sudut matawang Malaysia yang jatuh merundum setelah hampir stabil sebelum ini. Pasaran saham Malaysia juga jauh teruk. Ditambah politik negara yang masih tidak stabil. Semua ini terpaksa dihadapi Malaysia di saat krisis ekonomi dunia bakal melanda. Mungkin inilah waktunya di mana krisis akan berlaku yang berpunca dari wabak covid-19 ini.

Jom lihat sekal posting saya di fb pages berkenaan pasaran dunia yang buat panic selling di SINI..