Fri. Apr 10th, 2020

Antara Makanan Yang Sesuai Disimpan Ketika Darurat

2 min read
Kongsikan artikel ini

Sudah 3 bulan kita dikejutkan dengan wabak terbaru iaitu Corona Virus yang melanda Wuhan, China pada akhir 2019 lepas. Pada awalnya mungkin kita berfikir itu adalah balasn yang patut mereka terima daripada penyeksaan mereka pada orang Islam serta corak pemakan mereka yang pelik. Namun ia menjadi lebih gembar apabila virus corona tersebut telah tular ke 85 buah negara termasuklah Malaysia.  Sekarang ini Malaysia berada di tangga ke-21 dengan bilangan 158 kes pada 12 Mac.

Melihat bagaimana penularan wabak ini hanyalah dari sentuhan tangan ke tangan ia sangat mengerikan. Dari tangan apabila anda menyentuh muka, mata, hidung dan mulut, maka anda boleh dijangkiti oleh wabak tersebut. Cara nak mencegahnya adalah anda kena selalu sentiasa menjaga kebersihan. Cuci tangan dengan sabun dan air, aoakai hand sanitizer dan jangan sentuh muka, jangan bersentuhan dengan orang lain.

Kek corona virus ini telah melepasi 100,000 kes selurh dunia dan mungkin juga akan meningkat dari semasa ke semasa. Walaupun ia hanyalah menyebabkan demam, batuk dan selsema, tetapi jika ia tidak segera diubati, penyakit tersebut akan menular ke paru-paru dan hingga menyebabkan kesukaran bernafas dan boleh bawa kepada kematian.

Dalam situasi seperti ini, jika Malaysia diisytiharkan darurat, maka apa yang perlu anda lakukan? Sudah tentulah bekalan stok makanan diperlukan untuk beberapa tempoh masa sehingga wabak ini selesai. Apakah stok makanan yang sesuai untuk anda sediakan di rumah?

1. Makanan Asasi

Bagi raykat Malaysia, makanan asasi kita adalah nasi. Jadi beras adalah stok makanan yang anda perlu simpan di rumah. Belilah dalam beberapa kampit beras sebagai persediaan jika berlaku darurat. Selain beras, anda juga boleh membeli tepung gandum , spegeti dan pasta sebagai simpanan stok lainnya.  Garam dan gula juga penting ye sebagai penambah dan penyedap rasa pada makanan. Jadi jangan lupa untuk beli juga.

2. Makanan Dalam Tin

Apabila darurat, anda sendiri tidak tahu berapa lama masa yang memerlukan anda berkurung. Jadi amat susah untuk anda mendapatkan bekalan makanan yang segar seperti ayam dan ikan. Oleh itu, makanan dalam tin adalah yang terbaik sebab ia tahan lama dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Makanan dalam tin ini seperti sardin, kacang merah, buah-buahan, sos prego, cendawan dan lainnya yang boleh anda dapatkan dalam bentuk tin.

3. Makanan Kering

Anda juga boleh menyimpan stok makanan kering seperti susu tepung, kurma, buah-buahan kering, kekacang, ikan bilis atau tempe yang telah digoreng garing dan lainnya. Makanan kering seperti ini mampu tahan lama sepanjang tempoh anda mengalami darurat.

Sebenarnya kalau anda lihat sekarang ni dah banyak produk homemade keluaran Muslim yang sedia dan siap dihidang seperti sambal garing ikan bilis, nasi berlauk pack travel dan lainnya. Jadi tidak susah untuk anda memiliki makanan yang sedap dan menyelerakan yang sudah siap sedia dimakan terus. Jadi jangan risau. Anda jaga diri dan keluarga elok-elok supaya tidak dijangkiti wabak corona ini.