2 November, 2024

Tragedi Market Berdarah!

Kongsikan artikel ini

Tragedi Market Berdarah

Siapa biasa dengar tentangĀ  strategi ‘catch the falling knife’? Ia adalah salah satu strategi di mana sewaktu pasaran dalam keadaan melakukan retracement/ pullback atau correction, turun sebelum melakukan kenaikan semula, trader akan membuat pembelian di bawah untuk dapatkan ‘buy on deep’.

Tahu kah anda kenapa ia dinamankan ‘catch the falling knife’?

Pergerakan pasaran ini dianggap pisau. Apabila pasaran dalam keadaan sedang jatuh yang anda anggap pasaran sedang membuat retracement, di manakah anda akan menyambut pisau ini? Jika anda tersilap sambut, maka anda hanya akan menyebabkan tangan anda berdarah kerana pisau menembusi tangan anda. Oleh sebab itu anda perlukan ilmu untuk gunakan strategi ini.

Strategi Analisis

Kebiasaannya strategi ini memerlukan kepada analisis terlebih dahulu sama ada menggunakan analisis elliot wave, fibonacci, moving average atau lainnya. Barulah strategi ‘catch the falling knife’ ini boleh diaplikasikan. Selain analisis, anda juga perlu mempunyai tools, indcator serta daya analisis (kefahaman) yang mantap bagi membantu anda menggunakan strategi ini tanpa menjadi tragedi berdarah buat anda.

Pasaran Huru-Hara

Namun, ada situasi di mana anda tidak boleh mengaplikasikan strategi ini seperti keadaan pasaran yang sedang huru-hara sekarang ini. Kerana susah untuk anda menganalisis di manakah support mereka ini akan membuat bounce semula. Oleh itu, anda hanya akan terluka dan berdarah teruk jika anda terus-menerus menggunakan strategi ‘catch the falling knife’ ini.

Mungkin pada situasi yang anda hadapi sekarang ini anda perlu bertukar kepada strategi yang lain yang bantu anda mendapatkan semula modal anda. Daripada anda eager untuk buy, apa kata anda follow trend yang sedang berlangsung dan sell dalam keadaan masa yang singkat. Bukan untuk long term. Seeloknya anda tukar kepada strategi ‘don’t catch the falling knife’ dan fikirkan startegi yang lebih bersesuaian.

Jom dengarkan lebih panjang penjelasan dari Ir Sofian dalam video LIVE di bawah ini.

https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/986478565068439/?t=614