Fri. Apr 10th, 2020

Market Huru-Hara Disebabkan Corona Virus?

2 min read
Kongsikan artikel ini

Pada awal dahulu, kita ingatkan wabak Corona Virus ini hanya melanda Wuhan. Tetapi tidak sangka rupanya ia sampai kepada kita sendiri. Berapa ramai yang dah dijangkiti corona virus ini hinggakan kita terpaksa menjaga diri dengan persekitaran dengan lebih berhati-hati.

Situasi seperti ini juga beri kesan kepada keadaan pasaran dunia. Sebagai akademi yang melihat juga akan keadaan pasaran, kami sendiri dapat lihat bagaimana keadaan pasaran dunia yang jadi huru-hara. Banyak pasaran seperti Dow Jones, SnP dan lain-lain menurun.

Semua ini disebabkan Corona Virus?

Apa penyebabnya?

1. FEAR

Disebabkan wujudnya ketakutan dalam diri pelabur dengan situasi sekarang ini telah menyebabkan pasaran merundum. Jika sebelum ini saya ingatkan pasaran akan jatuh apabila berlaku krisis ekonomi. Tetapi, situasi yang berlaku sebelum ini tidak menyebabkan harga pasaran tersebut jatuh.

Rupanya hanya disebabkan wabak corona ini yang telah menyebabkan pasaran huru-hara. Melalui wabak yang terlalu mudah tersebar ini, banyak negara telah terjebak dan secara tidak langsung ia telah melumpuhkan ekonomi dunia.

Lihat aje China sebagai sebuah negara yang banyak mengeluarkan produk dan barangan yang mampu milik. Akibat wabak ini, mereka terpaksa duduk dan berkurung di rumah dan menjadikan tiada orang yang dapat bekerja. Sedangkan di Malaysia pun barang-barang dari China juga tak dibenarkan masuk.

Sebenarnya banyak lagi yang kami kongsikan berkenaan isu ini. Anda boleh tonton selanjutnya dalam video LIVE Ir Sofian di bawah ini.

Market huru-hara disebabkan CoronaVirus?Jom join live #irsofianlive

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Ahad, 8 Mac 2020