2 November, 2024

Bila Datang Gawat Apa Perlu Buat?

Kongsikan artikel ini

Musim-musim corona virus ni, macam-macam jadi sehingga kan ekonomi dunia pun hampir lumpuh. China merupakan salah satu pengeksport tersebar dunia. Kalau anda tengok pun banyak barang-barang diperbuat Made In China.

Bila jadi isu sebegini, habis semua barang-barang dari China terpaksa dihentikan buat sementara dahulu. Peniaga-peniaga atau syarikat yang memerlukan bahan yang diborong dari China terpaksa menanggung kerugian disebabkan krisis corona yang berlaku ini.

Kami sendiri takut melihat apa yang terjadi dan berharap semoga rakyat Malaysia tidak dijangkiti virus ini. Boleh kata apa yang terjadi sekarang ini adalah kegawatan ekonomi akibat dari virus. Jadi apa yang perlu anda buat ketika ekonomi tengah gawat ini?

1. Cari peluang baru

Cari apa peluang pekerjaan baru yang anda boleh buat ketika ekonomi gawat ini. Lihat apakah keperluan orang ketika ini yang memerlukan kepada penawaran. Jika anda boleh jadi supplier, maka anda dah boleh buat duit ketika ekonomi gawat. Sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan anda survive ketika ini.

2. Bijak berbelanja

Waktu gawat macam ini anda kenalah bijak berbelanja. Tak boleh lah anda nak berbelanja sakan macam dulu. Potong perbelanjaan yang tidak penting. Dahulukan apa yang keperluan sahaja.

3. Jangan tambah hutang

Musim-musim macam ini jangan pula anda gatal tangan nak tambah hutang baru. Beli liabiliti yang anda nak tanggung pula. Sedangkan waktu itu ramai yang bakal hilang kerja, hilang rumah, hilang kereta sebab bila ekonomi lumpuh, banyak syarikat akan tutup akan berhentikan pekerja untuk kurangkan kos operasi.

Nak tahu apakah penerangan Ir Sofian secara video?

Jom tonton video LIVE nya di bawah ini.

https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/849003295541114/