Fri. Apr 10th, 2020

Rahsia Bagaimana Nak Selesaikan Masalah

2 min read
Kongsikan artikel ini

Dalam hidup kita ni memang kita takkan dapat lari dari masalah. Bermacam-macam masalah yang akan kita hadapi, ada yang besar, ada yang kecil. Memang kita akan stress bila ada masalah yang muncul. Boleh sampai tak tidur malam, sakit kepala, pening, risau, gusar, berdebar, dan semua ini bergantung kepada cara kita anggap dan tangani masalah itu. Kalau kita tak pandai tangani, hidup kita akan dalam tekanan yang melampau.

Kalau anda nak tahu, ramai orang muda yang mati disebabkan stress. Stress yang melampau boleh bertukar jadi depress. Bila dah masuk depress ni, ini bahaya. Kena cepat-cepat diubati. Oleh itu, saya nak kongsikan RAHSIA bagaimana untuk anda selesaikan masalah anda ini dengan baik.

1. Visualize

Visualize ni adalah imaginasikan apa yang berlaku. Pejamkan mata, dan bayangkan masalah anda. Fikirkan satu persatu penyelesaian yang anda boleh lakukan. Fikirkan anda keluar dari masalah tersebut. Selain visualize, anda juga boleh tulis penyelesaiannya di kertas untuk mudah anda lihat masalah yang dihadapi.

2. Kongsi Masalah

Anda boleh cari kawan rapat atau kenalan yang anda percayai untuk anda kongsikan masalah anda. Ia adalah terapi bagi anda meluahkan perasaan stress dalam diri anda supaya ia tidak terus membuku. Sebab jika anda tidak lepaskan, berkemungkinan anda perasaan emosi anda akan terganggu. Meluahkan merupakan satu cara yang anda boleh release tension anda.

3. Dekatkan Diri Pada Tuhan

Akhir sekali, anda kena dekatkan diri pada Tuhan. Beristighfar, solat jemaah di masjid atau surau. Mengadulah dan berdoalah pada Tuhan semoga Allah bukakan jalan terbaik buat anda. Dilapangkan dada, dilapangkand dari kesempitan, dipermudahkan uruskan masalah.

Jom dengarkan selanjutnya dalam video LIVE Ir Sofian di bawah ini.

Rahsia Bagaimana Nak Selesaikan Masalah ! 😰Jom live #irsofianlive

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Isnin, 17 Februari 2020