22 September, 2023

3 Tips Jana Emas Dengan Emas – Ir Sofian

2 min read
Kongsikan artikel ini

Emas adalah salah satu pelaburan yang sangat bagus untuk anda kembangkan aset dan kekayaan anda. Walaupun ia memakan masa yang lama kerana pelaburan emas ini sesuai untuk tempoh jangka masa yang panjang, tetapi ia sangat berbaloi.

Kami sangat sarankan untuk anda melabur dalam pelaburan emas fizikal demi masa depan anda dan anak-anak anda. Siapa kata melabur emas ini hanya untuk diri sendiri? Anda juga boleh melabur sebagai satu cara untuk tabungan masa depan anak-anak anda juga.

Jadi, terdapat 3 tips yang kami nak kongsikan dengan anda semua macam mana untuk anda jana emas dengan emas. Ia merupakan cara yang pernah Ir Sofian gunakan bagi mempercepatkan lagi proses mengembangkan emas yang dimiliki. Dari satu jadi dua. Dari dua jadi 3 dan seterusnya.

Apa yang penting, anda kena ada ilmu pelaburan emas dan hadamkan sebaiknya tips yang diberi ini sebab jika anda tersilap langkah, ia akan memberi kesan kepada pelaburan anda kelak.

1. Jual Beli Emas

Salah satu caranya adalah dengan anda membuat jual beli emas. Dari situ anda boleh dapatkan keuntungan untuk anda beli emas anda. Melalui cara ini anda kena ada skill untuk tarik orang membeli emas. Atau anda kena pandai bermain dengan kata-kata. Atau anda kena pandai buat iklan.

2. Pajak Emas

Selain dari anda buat jual beli emas, anda juga boleh pajakkan emas yang anda ada dan beli emas dari duit yang anda dapat dari pajakkan tersebut. Cara ini memerlukan anda kuasai teknik manipulasi Ar-Rahnu. Jangan tersilap langkah sebab takut nanti anda tak mampu nak tebus balik emas anda, dan semua tergadai.

3. Beli Emas Masa Harga Rendah

Tips terakhir ialah anda beli emas semasa harganya tengah rendah. Katakanlah anda sudah bermula dengan pelaburan emas anda dan sikit demi sikit, duit keuntungan dari pelaburan emas anda itu, anda beli emas semasa harganya tengah rendah.

Nak tahu penjelasan mendalam tentang ketiga-tiga tips ini?

Anda boleh tonton semula LIVE saya di fb di bawah ini..

Jana emas dengan emas !Bagaimana ?Jom live #irsofianlive

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Khamis, 13 Februari 2020

About Author