Fri. Jun 5th, 2020

Jangan Simpan Emas Di Ar-Rahnu

2 min read
Kongsikan artikel ini

Bila kami cakap jangan simpan emas di Ar-Rahnu, ramai yang triggered. Ramai yang marah. Ramai nak tahu kenapa pula tak boleh?

Eh!.. Nanti dulu. Sabar. Dengar dulu apa yang kami nak sampaikan. Ar-Rahnu adalah tempat untuk anda pajakkan emas anda dan cairkan emas anda kepada wang tunai. Betul kan? Tak ada instrumen lain yang seistimewa seperti emas ni yang membolehkan anda cairkan terus kepada tunai.

Kadang-kadang kita ni ada masa sesak. Nak pakai duit, duit pula tak cukup. Ada emergency tiba-tiba. Jadi kat mana kita nak dapatkan duit secepatnya? Emas aje lah jawabnya. Sebab kita boleh pajakkan emas kita untuk dapatkan duit tunai.

Tapi, topik yang Ir Sofian dan AJL bawakan ini adalah jangan menyimpan di ar-rahnu. Sebab apa? Sebab ar-rahnu tempat untuk anda pajak, bukan simpan. Kalau anda tak ada keperluan yang mendesak, tak perlu anda gatal tangan simpan emas anda di ar-rahnu.

1. Takut anda terlupa ada simpan emas di ar-Rahnu

Bila anda simpan di ar-rahnu, takut anda sendiri terlupa anda ada emas di ar-rahnu. Yelah, bila sibuk dengan urusan harian, selalunya benda yang jarang kita buat ni bolehjadi terlupa. Bila lupa ni, lama-lama emas anda boleh dilelong sebab masa matang dah tamat dan emas tidak ditebus.

2. Takut nanti anda tiada duit nak tebus balik emas anda

Mungkin mudah untuk kita pajak dan simpan d ar-rahnu. Dapat duit tunai, terus anda gunapakai untuk tujuan asal anda. Bila duit dah habis, duit mana yang anda nak korek untuk tebus baik emas anda? Haa.. Ini masalah pemajak bila anda tak ada income yang boleh buat bayar balik emas anda.

3. Anda terpaksa bayar upah yang berpanjangan selagi tidak tebus

Selagi mana anda tak habis bayar duit pinjaman yang anda dapat dari pajak emas, selagi itu anda terpaksa membayar upah simpan di ar-rahnu. Berapa lama anda nak bayar sesuatu caj yang sepatutnya anda boleh elakkan? Kalau dikira-kira upah simpan tambah dengan duit untuk tebus emas anda, anda dah rugi banyak tau.

Jom dengar secara terperinci penjelasan dari Ir Sofian berhubung topik ini dalam video LIVE di bawah ini. Ada pekiraan yang ditunjukan sekali di dalamnya.

Jangan simpan emas anda di ar-rahnu. Kenapa ?Jom live #irsofianlive

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Khamis, 6 Februari 2020

8