Bagaimana Cara Didik Minda Jadi Pelabur
Pelabur adalah salah satu cabang pekerjaan sampingan yang memberikan keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Untuk anda jadi pelabur, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi mendidik minda anda jadi seperti minda pelabur.
1. Bahan Bacaan
Yang pertama sekali adalah anda perlu perbanyakkan bahan bacan berkenaan pelaburan yang anda nak lakukan. Bacalah sebanyak mana pun supaya anda mempunyai sekurang-kurangnya asas bagi pelaburan yang bakal anda lakukan.
Selain menjadi bahan bacaan yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan anda tentang pelaburan, anda juga boleh ulang baca berkali-kali bila sahaja anda inginkan.
2. Buat Tabungan
Tabungan atau simpanan ini sudah patut anda buat saat anda ingin jadi pelabur. Simpanlah sikit-sikit tabungan anda untuk modal melabur. Kalau tak ada simpanan untuk buat pelaburan, wang modal dari mana yang anda nak kaut?
3. Bina Impian
Segalanya bermula dengan impian. Ada impian maka ada lah matlamat yang anda nak capai. Sebab dari impian ini dia akan bangunkan minda bawah sedar anda. Anda tahu tak minda bawah sedar ini lebih kuatdaripada minda sedar?
Jom dengar perkongsian saya secara terperinci di dalam video live saya di bawah ni..
https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/482509012448464/?t=1135