Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Apa Itu SPREAD Dalam Pelaburan Emas? - Akademi JL
11 December, 2024

Apa Itu SPREAD Dalam Pelaburan Emas?

Kongsikan artikel ini

Emas fizikal merupakan salah satu cabang pelabura yang juga diminati oleh ramai pelabur disebabkan kerana faktor emas itu sendiri yang mudah dicairkan. Maksud mudah dicairkan ini adalah ianya senang dibeli dan mudah dijual semula bila diperlukan.

Sebagai pelabur emas, anda kena alert dengan penurunan harga emas sebab waktu inilah yang anda nak beli emas. Penurunan harga emas inilah yang kita panggil spread (susut nilai). Macam kereta, hari ini anda beli, esok nak jual dah ada susut nilai dia. Sama juga pada emas, cumanya emas ni harga nya tidaklah terus susut. Ia akan bertahan untuk satu tempoh, Dan apabila turun, ia akan naik semula tidak seperti kereta yang tidak akan  naik-naik lagi dah.

Oleh itu, sebagai pelabur elemen spread ini adalah penting untuk anda fahami supaya anda dapat mengaut keuntungan semasa proses pelaburan emas dilakukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat kepada berapa peratusan spread ini. Jika anda buat kiraan dan dapat spread bawah 10% adalah bagus. Kalau anda boleh dapat 4% atau 5% tu memang dah cukup cantik.

Apa yang anda perlu buat untuk tahu spread ini? Haa.. Semasa awal-awal anda nak beli emas , anda kena siap-siap tanya berapa harga mereka akan ambil jika anda jual balik. Lepas tu terus anda buat perkiraan berapa nilai peratusan spread yang  anda dapat jika anda beli emas tersebut.

Boleh tonton selanjutnya dalam video LIVE di bawah ini.

https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/1207502852791209/?t=1079