2 November, 2024

Banyak Cara Untuk Sedekah Yang Anda Boleh Buat

Kongsikan artikel ini

Assalamualaikum sahabat semua.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua beberapa tips yang saya rasa sangat menarik. Saya rasa ramai yang dah tahukan bersedekah mampu membuatkan rezeki kita lebih bertambah. Nak kaya, maka kenalah bersedekah. Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Betul kan?

Kadang-kadang, orang hanya fikir sedekah itu mesti duit. Tapi sebenarnya ada banyak lagi cara lain yang kreatif anda boleh lakukan sebagai tanda sedekah anda. Nak tahu apa dia? Jom baca perkongsian saya di bawah ini.

1. Letak Telekong Di Masjid Atau Surau

Cara ini sebenarnya dah lama dibuat oleh mak-mak kita dulu-dulu. Cara ini sangat mudah sebab memang setiap masjid atau surau kadang-kadang tu kekurangan telekong. Telekong yang ada pun kebiasaannya keadaannya dah nampak buruk. Orang kata cuci pun dah tak mau cantik dah.

So anda boleh beli beberapa telekong untuk diletakkan dimasjid atau surau dengan niatkan untuk sedekah. Semoga orang yang memakai telekong anda untuk menunaikan ibadah solat akan memberikan sedikit ganjaran pahala juga. Ia macam wakaf lah. Sedekah yang beri pulangan pahala berpanjangan.

2. Letak Selipar Di Tandas Masjid

Letak selipar tandas ini dah banyak orang buat. Tapi yelah, masjid pun berlambak kat Malaysia ni. Tak salah pun kalau anda nak sedekah sebab mempermudahkan orang nak guna keluar masuk tandas. Sekurang-kurangnya tak adalah jemaah kena tunggu turn orang keluar untuk dapatkan selipar tandas.

Bagi saya tak perlu lah kot potong-potong dekat selipar tu untuk tandakan itu selipar tandas. Sebab banyak lagi cara lain untuk tunjukkan itu selipar tandas masjid.

3. Letak Sabun Basuh Tangan di Sinki Tandas Masjid

Kebiasaannya memang sabun basuh tangan ni jarang ada di sinki masjid. Walaupun bukan mahal pun, boleh beli kat kedai RM2, tapi mungki dana masjid lebih diperuntukkan untuk hal yang lebih penting. Jadi anda boleh sediakan sabun basuh tangan ini untuk memudahkan jemaah yang guna tandas dapat mencuci tanga dengan bersih. Bersih itu kan amalan mulia.

4. Sediakan Makanan Kucing Dalam Kereta

Selain menyediakan serba serbi keperluan di masjid atau surau, anda juga boleh bersedekah dengan hidupan lain seperti kucing. Paling bagus, anda letakkan siap-siap makanan kucing di dalam kereta anda. Jika anda ternampak ada kucing terbiar atau dijalanan, boleh berhenti dan beri mereka makan.

Beri makan pada binatang pun dapat pahala tau. Cara ini banyak dilakukan oleh penggemar kucing. Dan mula jadi ikutan untuk mereka yang bukan penggemar kucing tapi ada rasa sayang pada binatang juga. Setiap sedekah yang kita buat, binatang ini akan berzikir untuk kita.

5. Beri Makan Anak Yatim, Kawan Sekerja @ Di Masjid

Kalau beri makan pada kucing dapat pahala, ini kan pula anda beri makan pada sesama manusia. Anda boleh beri makan pada anak yatim, atau bawa makan ke pejabat untuk dikongsi bersama rakan sekerja. Dan juga boleh beri makan di masjid. Tak perlu nak tunggu waktu bulan puasa baru hantar makan di masjid. Bila-bila pun boleh.

6. Asingkan Duit Syiling Untuk Sedekah

Salah satu cara lain pula, anda boleh asingkan duit syiling untuk diberikan sedekah. Kalau nak minta asingkan duit kertas, takut anda sendiri tak boleh nak buat sebab mungkin nilaian itu besar atau mungkin anda lagi memerlukannya di saat ekonomi gawat dan harga barang mahal ni.

Jadi apa kata setiap kali anda dapat duit syiling, anda asingkan duit tersebut untuk anda beri sedekah. Kumpullah untuk 1 bulan, kemudian anda boleh tukarkan dalam bentuk kertas dan berikan sedekah di masjid atau pada mereka yang memerlukan.

7. Amalkan Sedekahkan Lebihan Wang Baki Kepada Peniaga

Jika anda membeli barang, apa kata anda lebihkan sedikit duit yang anda bayar. Maka lebihan tersebut anda boleh niatkan sedekah kepada penjual. Bak kata orang putih, “keep the change”. Sikit-sikit pun dapat pahala sedekah juga.

8. Menyedekahkan Doa & Al-Fatihah

Jika anda rasa kekurangan wang untuk melakukan semua tips sedekah yang saya tunjukkan di atas tadi, ini adalah satu-satunya sedekah yang tidak memerlukan anda mengeluarkan wang anda iaitu sedekahkanlah doa dan al-fatihah buat keluarga anda, kaum kerabat anda, serta orang disekeliling anda.

Kerana doa itu senjata orang mukmin. Jadikanlah ia senjata untuk anda buat pahala bagi diri anda di akhirat kelak.

Sekian perkongsian saya mengenai sedekah cara kreatif ini. Semoga kita semua dilimpahi rezeki dan dapat memberi sedekah selalu kepada yang memerlukan.