Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the newsphere domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/akademijl/public_html/wp-includes/functions.php on line 6114
Kitaran Wabak Penyakit Selang 1 Abad - Akademi JL
11 December, 2024

Kitaran Wabak Penyakit Selang 1 Abad

Kongsikan artikel ini

Terkini kita dikejutkan dengan penularan wabak penyakit baru iaitu Virus Korona yang datang dari wilayah Wuhan di China yang mana penyakit ini lebih teruk dari penyakit H1NI yang berlaku pada tahun 2009.

Katanya punca virus ini adalah disebabkan pemakan pelik mereka di mana mereka ini makan kelawar, ular, dan bermacam-macam lagi hidupan lain.

Di Malaysia sekarang ini dah terdapat 4 kes positif koronavirus ini yang mana 3 kes telah dikuarantin di Hospital Sg. Buloh sebelum ini. Dan yang terbaru adalah seorang warga Wuhan yang datang melalui bas dari SIngapura bersama rombongan pelancong lain dikesan demam. Hasil sampel kajian dapat ia positif koronavirus.

Ini belum lagi yang kes ada ibu bapa warga China yang bawa keluar anak mereka yang ada simptom jangkitan virus keluar dari hospital tanpa kebenaran. Apa yang kita tahu adalah kes yang mana mereka ini pergi buat checkup ke hospital. Yang lainnya? Wallhua’am.

Apa pun, kalau anda lihat keadaan di wilayah Wuhan yang memiliki penduduk 11juta sekarang ini dah macam perkampungan zombi macam cerita-cerita yang kita tengok di televisyen. Belum lagi yang dihospital mereka dibanjiri dengan pesakit. Mayat-mayat dibiarkan, tak siapa berani nak angkat sebab takut berjangkit.

Bila saya lihat balik, rupanya wabak penyakit besar seperti ini pun ada kitaran (circle) dia. Bukan setakat krisis ekonomi dunia yang kitaran 10 tahun, wabak penyakit pun ada cumanya ia bukan 10 tahun, tapi 100 tahun bersamaan dengan 1 abad.

Jom saya bawa anda kembali ke 300 tahun sebelum ini.

1720-Wabak Marseille

Pada tahun 1720, 300 tahun sebelum ini, wabak penyakit terbesar Marseille telah melanda Eropah sehingga membunuh 100,000 orang di bandar Marseille, Perancis. Ia merupakan wabak bubonic (bengkak-bengkak) terakhir yang melanda Eropah. Wabak ini berpunca daripada bakteria Yersenia Pestis berasal dari haiwan kecil seperti tikus.

Akibat dari wabak tersebut menyebabkan ekonomi Marseille lumpuh dan mengambil masa berpuluh tahun untuk aktiviti ekonomi untuk pulih seperti sedia kala.

1820-Wabak Pandemik Kolera

Pada 200 tahun lepas iaitu 1820, wabak pandemik kolera pertama telah menula hingga ratusan ribu yang mati akibat wabak tersebut. Ia bermula dari bandar Kolkata, India dan tersebar meluas ke Asia Tenggara seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan terus menular ke Timur Tengah, Afrika Timur dan pantai Mediterranean.

Pada 1824 akhirnya penularan wabak kolera ini berakhir. Ada sebahagian pengkaji menyatakan mungkin disebabkan perubahan cuaca kepada musim sejuk yang menyebabkan bakteria tersebut mati.

1920-Wabak Selsema Spanish

Pada 100 tahun lepas iaitu 1920, berlaku pula wabak pandemik influenza atau lebih dikenali dengan nama The Spanish Flu. Ia merupakana antara dua wabak pandemik pertama berkaitan influenza termasuklah virus Influenza H1N1. Wabak ini telah dijangkiti lebih 500 juta penduduk seluruh dunia dan hampir 3% ke 5% populasi penduduk dunia mati disebabkan pandemik tersebut.

Kebiasaan wabak infleunza ini akan menyebabkan membunuh warga muda dan warga tua. Cuma bagi wabak Spanish Flu ini ia lebih kepada warga muda yang mati.

2020-Wabak KoronaVirus

Dan terkini adalah wabak koronavirus yang bermula dari wilayah Wuhan dan mula tersebar ke negara lain seperti yang saya ceritakan di awal posting ini tadi.

Jika dahulu, mungkin makan masa bertahun-tahun wabak ini tersebar kerana sistem pengangkutan dahulu lebih kepada perairan dan memakan masa. Namun kini, dengan bermacam-macam pengangkutan seperti kapal terbang, bot, bas, penyebar wabak boleh ke mana-mana dengan mudah dan menyebarkan wabak.

Mudah sahaja mereka ini terbang ke Malaysia atau negara lainnya untuk selamatkan diri dari tempat asal mereka. Namun, ia menjadi sulit buat sesebuah negara tersebut apabila mereka ini di diagnosis positif koronavirus. Beberapa buah negara lain menghantar semula warga China atau Wuhan ini pulang ke China bagi menjamin keselamatan rakyatnya. Tapi di Malaysia belum ada apa-apa penyekatan lagi, cuma sekadar saringan kesihatan sahaja bagi mengkuarantinkan mereka yang tidak sihat.

Oleh sebab itu, anda perlu berhati-hati dimusim wabak seperti ini berlaku. Jangan berada ditempat awam buat sementara waktu. Tidak perlulah nak berjalan-jalan ke shoping mall atau mana-mana karnival dengan bawa anak-awank buat masa ini.

Tunggulah sehingga virus ini berakhir. Semoga virus yang melanda ini dapat ditangani dengan lebih baik. Dengan kemudahan teknologi kini, pasti ada jalan untuk mengesan dan merawat wabak ini.