2 November, 2024

Gold Bar VS Jewelry, Mana Lebih Bagus?

Kongsikan artikel ini

Hari ini saya nak bagi pencerahan mengenai apakah perbezaan antara emas bar dan barang kemas. Emas bar ni atau kita panggil bullion atau wafer adalah emas yang berbentuk seperti segi empat tepat. Berat emas bar ini ada banyak, ada 1kilo, 100g, 50g, 10g hatta 1g pun ada.

Manakala barang kemas pula emas yang dalam bentuk perhiasan seperti rantai leher, rantai kaki. gelang tangan, subang, cincin dan lain-lain. Barang kemas ini benda biasalah, semua orang pun tahu.

Topik hari ini mana yang lagi bagus antara 2 jenis emas ini?

1. Harga

Mula-mula anda lihat dari sudut harga. Antara emas bar dan barang kemas mana satu harga yang berbaloi untuk anda?

Asal kedua-dua jenis emas ini adalah dari emas yang dah dilombong. Sebelum ditempa menjadi emas bar atau barang kemas, emas ini akan di mining untuk dapatkan emas yang mempunyai ketulenan 999, 916, dan lainnya. Bagi emas 999 adalah jenis emas 24 karat. 916 pula 22 karat.

Bagi emas yangmempunyai ketulenan yang lebih tinggi, maka emas tersebut akan cepat mulur dan cepat melentur. Sebab itu bagi barang kemas, mereka menjadikan ketulenannya 916 sebab jika tak dicampurkan dengan bahan lain, reka bentuk gelang atau rantai akan lebih cepat memanjang, membengkok, dan hilang dar rupa asal. Bahan campuran dalam mining emas itu yang menjadikan bentuk barang kemas tersebut lebih keras.

Melalui ketulenan ini, ada beza pada harga emas tersebut. Untuk emas 999 harganya lebih mahal berbanding emas 916. Tapi, untuk barang kemas, terdapat kos upah yang perlu dibayar. Kos upah ini adalah kos pembuatan barang kemas tersebut. Jika pembuatannya pakai mesin, kos upahnya lebih murah. Tapi jika kos upah tu dibuat secara tangan, ia bergantung kepada berapa orang kedai tu nak letak. Ada RM100 , ada RM200, sampai RM1200 dan tinggi lagi pun ada.

2. Tujuan Beli

Apakah tujuan anda membeli emas? Nak beli untuk simpan ke, atau beli untuk pakai, atau beli untuk syarikat, atau beli untuk mudah dicairkan akan datang?

Jika anda beli untuk tujuan sebagai aset syarikat, emas jenis bar adalah sangat sesuai. Tapi jika anda beli untuk isteri pakai, sebagai simpanan dan sebagai salah satu aset yang anda boleh cairkan bila-bila masa anda perlukan duit, maka emas bentuk barang kemas adalah terbaik.

3. Spread

Spread atau susut nilai adalah satu perkara yang perlu diambil kira juga. Bagi barang kemas, susut nilainya adalah lebih tinggi berbanding emas bar. Sebab barang kemas ini adalah emas yang dipakai, reka bentuknya boleh berubah memanjang, melekok dan lain-lainnya.

Melalui 3 perkara di atas yang saya sebut, anda sendiri boleh nilai mana satu yang anda nak pilih. Emas bar atau barang kemas?

Jom dengarkan penjelasan lebih terperinci dalam video LIVE saya di bawah ini.

https://www.facebook.com/IrSofianFan/videos/895028754246887/