22 September, 2023

Sentimen Pengaruhi Harga Gold?

3 min read
Kongsikan artikel ini

Semalam kami ada buat video live bersama Ir Sofian di fb page kami. Topik yang dikongsikan adalah mengenai “2020, Gold Membuat Comback. Throwback Krisis 1998/2008”.

Sepanjang live berlangsung, ada beberapa perkara yang kami nampak masih memerlukan pencerahan. Maka kami rasa ada baiknya pencerahan tersebut kami sematkan di dalam website ini untuk tatapan dan bacaan umum semua.

Ada yang tanya, apakah faktor SENTIMEN ni. Ada yang tanya, sementara ke kesan akibat sentimen ini.

Kalau dalam trading, isu sentimen ini memang selalu buat para trader ‘pening kepala’.

Sebab dalam dunia trading ini, ada 3 pillar itama yang perlu dikaji untuk fahami pengaruh dan kesan kepada pasaran iaitu Teknikal AnalisisFundamental Analisis dan Sentimen Analisis.

Ramai trader boleh kuasai teknikal analisis. Anda lihat sahaja betapa berkembangnya trader sekarang ini kerana mempunyai ilmu teknikal analisis berbanding 5 tahun dahulu yang mana masih ramai lagi ‘buta’ dan tidak terdedah dengan ilmu teknikal.

Begitu juga ilmu fundamental analisis yang sudah tidak asing lagi bagi trader yang pernah melibatkan diri dalam stock market. Dah macam isi dan kuku nak menunjukkan rapatnya trader stock dengan fundamental.

Dahulu, sangat mudah nak predict saham mana nak beli. Sebab baca sahaja news, buat sedikit kaji selidik pada latar belakang syarikat, macam mana performance syarikat tersebut dalam 10 tahun. Kemudian lihat pula pada catalys, tanya remiser, dan beli. Mudah. Tidak perlu pun nak refer pada chart bagai.

Namun, melihat kepada keadaan sekarang dah terlalu banyak kes yang catalys tidak tepat dan rumors yang melebihi dari kejadian sebenar. Bila anda membeli disebabkan rumor, ia hanya akan menyebabkan anda terperangkap sebab masa itu pembeli yang sedia ada telah pun mengaut keuntungan. Ini memang permainan mereka.

Tapi, ada kebiasaannya fundamental memberikan pengaruh besar kepada pasaran terutaman untuk menentukan arah tuju pasaran selepas lama ia daam keadaan sideway.

Perkara yang paling sukar dijangka adalah sentimen analisis. Seperti apa yang terjadi baru-baru ini di mana USA berperang dengan Iran hingga memberi kejutan kepada harga emas. Peperangan ini menyebabkan harga pasaran emas melonjak hingga hampir mencecah paras harga $1600/oz. Dalam masa 1 jam, kenaikannya hampir $40/oz di awal pagi Isnin yang lepas semasa pasaran dibuka.

Sebenarnya banyak lagi kejutan yang pernah berlaku sebelum ini sepanjang beberapa tahun ini yang kalau anda flashback, anda akan nampak kesannya. Contohnya isu kemenanangan Donal Trump menjadi Presiden USA, isu Brexit, isu matawang Swiss dan banyak lagi.

Kebiasaannya sentimen sebegini hanya seketika dan akan kembali pulih seperti sediakala. Umpama banjir kilat yang berlaku, paras air yang biasa menjadi naik mendadak hingga ke skala richter yang merbahaya. Walaupun kenaikan air banjir ini bersifat sementara tetapi ia meninggalkan kesan kepada yang terlibat.

Mingggu ini, akan ada news besar untuk minggu pertama bulan Januari ini. Dan pada masa yang sama, akan ada juga NFP yang pertama untuk tahun 2020. Waktu ini anda akan lihat adanya isu sentimen yang bakal berlaku.

Di sini kami lampirkan analisa dari Ir Sofian terhadap pasaran emas bagi 10 dan 20 tahun. Semoga anda faham dan tahu kemanakah pergerakan gold selepas ini.

Gold 10 Tahun

Gold 20 Tahun

Untuk anda lihat sesi LIVE yang kami jalankan tadi, boleh tengok diruangan youtube yang sudah dimuatnaik semula.

Youtube:

Atau boleh tonton semula di live fb page kami..

Perang USA – Iran beri kesan kepada harga Emas meletup ?Jom kita live bersama saya

Posted by Ir. Sofian – Jutawan Logam on Ahad, 5 Januari 2020

Semoga pencerahan tentang isu sentimen ini memberikan kefahaman lebih lanjut kepada anda.

About Author