Thu. Jan 23rd, 2020

Emas Bakal Naik Tahun 2020 Ini

3 min read
Kongsikan artikel ini

Melihat kepada keadaan pasaran emas dunia, harga emas dijangkakan bakal naik pada tahun 2020 nanti.

Jom kita flashback apa yang berlaku pada pasaran emas sepanjang tahun 2019 ini. Harga emas paling tinggi dicatat adalah pada harga $1556.92/auns yang bermula pada bulan Ogos membawa ke bulan September menjadikan ia tertinggi pada 2019. Manakala harga emas paling rendah dicatat adalah pada bulan April dengan harga $1266.18/auns.

Jika anda lihat semula perjalanan pasaran emas sebelum ini, harga emas pernah mencatat nilai tertinggi pada tahun 2011 iaitu dengan nilai $1920.80/auns. Namun, setelah itu harga emas terus turun dan turun hingga ke paras harga $1046.29/auns pada tahun 2015. Nilai ini mungkin sedikit berbeza bagi setiap broker disebabkan kerana kewujudan spread yang diambil oleh broker.

Setelah sekian lama harga emas bermain dalam lingkungan harga $1100/auns ke $1300/auns sepanjang tempoh 6 tahun, akhirnya harga pasaran emas dunia berjaya naik semula ke paras harga yang pernah dicatat pada April tahun 2013.

Ini adalah salah satu faktor dari sudut teknikal analisis bahawa kenapa harga emas dunia akan naik semula. Kerana pasaran emas berjaya memecahkan zon resistance yang belum berjaya dipecahkan sebelum ini. Jika harga emas berjaya memecahkan resistance harga $1600, maka harga emas akan naik lagi.

Jadi apakah jangkaan harga emas pada tahun 2020 akan naik?

Tahukah anda akan beberapa punca atau faktor yang menyebabkan harga emas akan naik?

1. Krisis Ekonomi Dunia

2. Peperangan

3. Ketegangan Politik 

4. Matawang Amerika Jatuh

5. Inflasi

Jika anda perasan, bermula dari bulan Mei hingga ke September 2019, harga emas berjaya sampai pada harga emas pada tahun 2013 adalah disebabkan pada waktu itu berlaku macam-macam perkara seperti berlaku serangan pada kapal tangki di Teluk Oman, perang perdagangan antara dua negara besar iaitu China dan Amerika, dan juga kadar faedah serta keadaan ekonomi Amerika yang melemah.

Disebabkan perkara seperti ini menyebabkan pelabur-pelabur mula lari kepada emas kerana emas lebih save haven bila matawang tak stabil.

Selain itu, tahukah anda tahun 2020 ini adalah tahun di mana emas akan naik semula disebabkan kerana krisis ekonomi dunia yang bakal berlaku?

Kitaran krisis ekonomi dunia yang berlaku 10 tahun sekali, walaupun sedikit terlewat untuk kitaran kali ini, namun kebanyakan pakar analisis menyatakan bahawa ia akan berlaku sepenuhnya pada tahun 2020 ini.

Sebelum ia berlaku, segala pasaran saham dan pasaran matawang akan terus naik tinggi hingga cecah satu paras tertinggi, dan selepas itu, krisis berlaku dan semua pasaran saham dan matawang akan jatuh. Maka pada waktu itulah pasaran emas akan melompat tinggi.

Pada waktu itu ramai yang akan beralih kepada emas disebabkan kerana emas merupakan sumber bumi yang ‘save haven’. Pada waktu ini pun sudah ramai yang cakna dengan pelaburan emas fizikal dan ada yang sudah mula membeli emas tidak kira perhiasan atau berbentuk bar dan syiling untuk simpanan mereka akan datang.

Sudah tentu bagi pelabur emas tahun 2020 ini adalah masa keemasan mereka untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan mereka. Setelah sekian lama mereka membeli dan menyimpan emas, setelah harga emas turun, dan kini bakal memuncak semula.

Terpulang pada pelabur itu sendiri sama ada ingin menjual emasnya semula pada tahun 2020 ini, iaitu ketika harga emas mencanak naik, atau terus menyimpan untuk 10 tahun yang akan datang pula.