Sun. Jul 12th, 2020

Kitaran Emas 10 Tahun

4 min read
Kongsikan artikel ini

Assalamualaikum..

Sekejap aje kita dah masuk bulan 12, bulan terakhir bagi tahun 2019 sebelum kita menjejakkan kaki ke tahun 2020 yang pernah menjadi Wawasan 2020 suatu ketika dahulu.

Sebelum kita melangkah ke tahun 2020, apa kata saya bawa anda merentasi masa ke tahun 2010 iaitu sedekad yang lepas. Jom kita lihat apa yang pernah jadi dengan dunia emas pada ketika itu.

Tahun 2010

Harga emas dunia pada tahun ini ialah $1100usd/oz. Pada waktu ini ramai orang sibuk membeli emas fizikal kerana harga emas asyik naik dan naik.

Dari sudut pelaburan, ia memang menguntungkan bagi orang yang ada emas dan jualkannya kerana emas tengah mencanak naik.

Waktu ini  jugalah saya ada buat seminar tentang emas fizikal. Bagaimana nak simpan emas, nak labur emas, nak manipulasi emas, dan banyak lagi. Kalau anda belek balik posting saya dalam blog ni, ada banyak input yang saya dah transform kannya dalam bentuk artikel untuk tujuan pembacaan.

Tahun 2011

Harga emas naik dan terus menaik sehinggalah pada 22 Ogos 2011, emas telah mencapai tahap harga yang menjadi fenomena dalam sejarah dunia apabila ia mampu mencapai tahap tertinggi $1900usd/oz.

Inilah saat kegilaan orang ramai untuk melabur dalam emas. Pada ketika ini juga banyak kedai-kedai emas yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Jangan katakan kedai, pengeluar emas pun tumbuh dengan menjual pelbagai jenama emas, baik untuk pelaburan mahupun perhiasan.

Saya masih ingat pada masa ini, rata-rata surat khabar mengeluarkan kenyataan bahawa harga emas akan naik sehingga tahap $2000usd/oz. Di mana ia akan naik sebanyak $100 lagi dari $1900.

Mana tidak, harga emas dari RM100/gram pada awal tahun 2010 telah meloncat-loncat naik mendadak ke RM200/gram dalam tempoh setahun aje. Siapa yang tak suka waktu ini untuk melabur dalam emas?

Namun, kegembiraan yang menjadi perbualan orang sana sini telah menjadi sendu apabila emas membuat kejutan apabila kembali mencatatkan pergerakan yang setara dalam tempoh 1 tahun selepas itu, iaitu sekitar $1550usd/oz ke $1800usd/oz.

Mana tidaknya, di kala orang ramai seronok bergolok gadai, membuat pinjaman kewangan dan memajak emas demi membeli lagi emas buat rolling di pajak gadai ar-rahnu, tiba-tiba harga emas menjadi tidak meyakinkan.

Siapa jangka, harga emas dan silver telah membuat penurunan harga yang tidak masuk akal selama 3 tahun berturut-turut selepas itu setelah kali pertama cecah $1900. Tiada peningkatan harga yang sampai $2000usd/oz pun.

Sebenarnya saya sendiri dah tahu bahawa harga emas dah sampai tahap maksima dan akan turun semula berdasarkan kepada analisis saya terhadap pasaran emas.

Tahun 2015

Sejak dari September 2012 hinggalah ke akhir Disember 2015, harga emas hanya melakukan penurunan dan penurunan lagi. Ia drop dan drop terus sehingga cecah pada harga pengeluaran dunia $1050usd/oz.

Jika sejak dari peningkatan harga emas dulu, banyak scammer yang tumbuh macam cendawan. Menggunakan emas sebagai bahan tarikan. Dan pada tahun ini ia mulai lumpuh kerana tools emas sudah tidak begitu berkesan lagi untuk digunapakai kerana saban tahun ia mencatatkan kerugian.

Rasanya anda mungkin pernah dengar nama-nama skim tersebut seperti Gineva Gold, Virgin Gold Mining, Tok Belagak Emas Perak, dan banyak lagi. Jika anda cuba cari dalam Google, pasti anda akan jumpa.

Selepas berakhir episod hujan yang sedih, sudah pasti akan ada sinar pelangi kan? Sinar mentari mula menyinar kembali bagi pelabur emas.

Tahun 2016-2019

Dari tahun 2016 hinggalah 2019 adalah tahun kebangkitan semula emas. Namun begitu, kepercayaan orang kepada emas telahpun berkurangan kerana sebahagian dari pelabur telah memandang ke arah bitcoin yang juga telah meremukkan hati pelabur-pelabur semua pada tahun 2018.

Hingga kini fenomena bitcoin pun lebih kurang sama seperti zaman kejatuhan emas. Cumanya kini emas sudah mula kembali nak menyinar semula selepas hampir sedekad.

Sebab apa? Sebab apa setelah 10 tahun baru emas akan kembali menyinar?? Sebab ia adalah kitaran waktu krisis ekonomi dunia yang berlaku 10 tahun sekali. Di saat krisis berlaku, matawang menjunam, maka pada ketika itu harga emas akan melonjak naik semula seperti suatu ketika dahulu.

Tahun 2020

Jadi, bersediakah anda untuk menghadapi krisis dan juga melonjak bersama emas?? Anda tahu tak pada waktu inilah nanti banyak hartanah yang akan dijual dengan harga Cheap Sale. Bagi pelabur, inilah masanya yang sesuai untuk anda grab hartanah pada harga cheap sale.

Bagi yang tiada persediaan, anda perlu berdepan dengan keadaan ekonomi yang gawat. Sama ada perusahaan anda kerja tutup, atau akan ada pengurangan pekerja, atau mungkin anda perlu cari alternatif lain untuk cari wang sampingan seperti bertrading.

Isu yang penting untuk kita pelajari adalah betapa pentingnya ILMU. Belajarlah selok-belok pelaburan sebelum anda melabur. Cuba sayangi wang anda sebagaimana anda sayang kepada orang yang anda tersayang.

Tiada yang baik itu datang bergolek. Dan tiada yang bagus itu dapat secara mudah. Hanya ilmu yang membataskan segalanya.

*Posting asal dalam Channel Telegram AlgoGold