Fri. Apr 10th, 2020

Apakah Langkah Pertama Nak Faham Market?

3 min read
Kongsikan artikel ini

Apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk faham tentang market?

Inilah soalan yang sering ditanyakan oleh newbie yang baru nak mengenali dunia trading. Soalan ini hampir sama dengan soalan yang  bermain-main dalam fikiran saya ketika saya mula-mula masuk melangkah ke alam bidang trading ni dulu.

Setelah saya bergelumang dengan market sejak tahun 2011, apa yang saya lihat adalah kebanyakan trader termasuklah diri saya dahulu susah untuk menjadi strategi terbaik yang membolehkan dapat profit dari pasaran.

Ramai trader baru akan cari guru atau bergurukan YouTube yang akan dapat mengajar mereka tentang strategi yang terbaik yang boleh mereka follow dalam trading.

Tapi anda tahukah apa itu STRATEGI?

Strategi ini adalah kaedah untuk kita masuk ke dalam pasaran berdasarkan tools atau fahaman kita terhadap market yang beritahu bagaimana nak buy atau sell.

Dari strategi itulah mereka akan mencari di manakah price untuk mereka keluar dari market dengan mengenalpasti tempat TP (take profit) dan SL (stop loss) mahupun CL (cut loss).

Selalunya mereka ini memang akan follow strategi yang mereka telah pelajari, tetapi mereka sendiri memandang rendah dan remeh strategi tersebut hingga tidak mengikuti pecahan bahagian yang lain yang sama penting juga seperti pengurusan kewangan. Atau kita panggil lot size.

Penggunaan lot size ini sangat penting mengikut modal yang mereka sendiri ada. Namun kebiasaannya mereka akan berhadapan dengan kerugian akhirnya kerana mereka salahkan strategi yang mereka pelajari itu salah. Dan mencari strategi yang lain pula .

Perkara ini berlanjutan hingga bertahun lamanya sampai mereka sendiri berputus asa dengan market dan mengundurkan diri dari jadi trader. Sedangkan kesilapan yang sama mereka lakukan adalah dengan tidak menjaga MM dan lot size mereka.

Inilah pusingan roda bagi menjadi trader.

Apa yang saya lihat, setelah saya menganjurkan kelas, group coaching, personal coaching, inner circle, kesemua pelajar saya ini rata-rata pernah mengalami masalah yang sama. Saya juga rasa anda juga pernah mengalaminya juga kan? Sebab saya pun sama.

Hanya mereka yang ada kesedaran diri, insaf, mengenali kelemahan dan kesalahan tindakan mereka sahaja yang akan mengecapi kejayaan dan mendapat hasil dari trading.

Apa yang perlu anda lakukan adalah keluar dari pemikiran biasa anda.  Anda pernah dengar tak istilah Rat Race? Yang tempat permainan hamster tu.

Hamster ni kan dia suka main dalam roda pusingan dia ni. Lari-lari, pusing-pusing, dekat situ je. Tak pergi ke mana-mana pun. Tapi anda tahu tak yang hamster tu sendiri tak sedar apa yang dia lakukan. Dia sangka dia dah berjalan jauh, tapi sebenarnya hanya dalam bulatan tu je.

Macam itu jugalah sebenarnya kehidupan kita. Kebanyakan orang tidak dapat lari dari rutin sedia ada mereka. Kelompok yang sama, mind set yang sama, environment yang sama.

Oleh itu, anda perlu keluar dari melakukan rutin yang sama. Supaya anda boleh nampak bahawa dunia ni sangat luas. Dan ada banyak lagi benda lain yang anda boleh lakukan.

Berbalik kepada persoalan awal, apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan?

Satu rahsia yang ingin saya kongsikan terhadap market. Sebenarnya market ini mempunyai STRUKTUR nya tersendiri. Macam kita nampak struktur bangunan yang mempunyai pelbagai bentuk rupa dan karekter.

Ramai beranggapan bahawa market adalah “SAMA” semuanya. Disebabkan oleh mereka mengatakan setiap market mempunyai candlestick dan mereka boleh trade menggunakan candlestick sama ada secara continuation atau pun reversal.

Ada juga yang bergantung harap kepada indicator sebagai tools mereka untuk trade contohnya stochastic, rsi, macd, bollinger band dan lain-lain sebagai alat untuk mereka trading. Akhirnya mereka akan terperangkap di dalam market sendiri.

Saya tidak mengatakan ianya salah akan tetapi apabila kita bercakap point saya yang “pertama” tadi, kena jelas di sini bahawa keupayaan kita untuk lihat “STRUKTUR” market adalah kunci kepada tindakan kita seterusnya.

Jadi anda kena tahu melihat struktur market bagi membolehkan diri anda membezakan antara market.

*Posting asal dari Channel Telegram AlgoGold.