Thu. Oct 17th, 2019

Ketahui Kenapa 90% Trader Gagal Dalam Trading

3 min read

Back view of shocked stressed businessman sitting and holding head by hands at workplace in office

Kongsikan artikel ini

Kenapa 90% Trader Gagal Dalam Trading?

Persoalan yang sering kali bermain difikiran trader baru. Sedangkan bagi mereka, dengan trading ni anda boleh buat duit dengan mudah. Tapi kenapa ramai pula yang gagal?

Untuk makluman anda, setelah hampir 8 tahun kami di AJL berkecimpung dalam bidang education trading, kami sendiri sudah dapat menemui apakah faktor, punca dan jawapan kepada persoalan tersebut.

Walaupun trading ini memang mampu membantu ramai orang keluar dari masalah kewangan, akan tetapi ada beberapa syarat dan peraturan yang perlu diikuti sebagai ‘guideline’ untuk berjaya.

Apakah syarat-syarat dan peraturan tersebut??

Jom kami terangkan kepada anda satu persatu supaya anda boleh tahu dengan jelas bagaimana anda boleh jadikan trading ini satu sumber pendapatan yang konsisten. Bukan tergolong dalam kalangan trader yang gagal.

Di dalam trading ada 3 elemen penting yang setiap trader perlu ambil cakna iaitu Method, Money Management & Mind Set.

1. Method

Dari sudut method, ia hanyalah memegang peratusan yang paling kecil antara ketiga-tiga elemen penting ini iaitu 10%. Oleh sebab itu, jika anda hanya ada method sahaja ia tidak mampu membantu anda untuk boleh terus berjaya. Kerana anda perlu complete kan ketiga-tiga elemen tersebut.

Tapi sebelum nak complete kan elemen yang lain, anda perlu hadamkan dahulu method yang anda pelajari. Pastikan anda buat latih tubi supaya anda dapat biasakan diri dengan method yang anda pelajari.

Ada method yang sangat teknikal, ada method yang boleh jadi simple, apa pun methodnya, anda perlu buat latihan supaya anda dapat pegang 10% elemen untuk berjaya.

2. Money Management

Manakala, money management pula adalah elemen yang memegang 30% untuk anda jadi trader berjaya. Walaupun anda mempunyai method yang bagus dan terbaik, tetapi jika anda tidak pandai mengawal kewangan trading anda, ia tetap boleh hancur.

Sebab wang yang anda laburkan sebagai modal trading anda akan lebur begitu sahaja. Oleh sebab itu, kawalan dan pengurusan wang sangat penting dalam trading. Sama juga seperti sesebuah syarikat. Jika syarikat tersebut bagus, tetapi jika wang syarikat diseleweng dan di salah guna, boleh bankrup syarikat tersebut.

Jadi, pastikan anda ikut rules yang ditetapkan dalam mengurus kewangan trading anda. Jangan langgar pantang larang, jangan letakkan wang anda kesemuanya dalam satu tempat. Racih-racihkan, dan trade lah secara berpada-pada supaya jika anda untung atau rugi, anda masih boleh menerimanya.

3. Mind Set

Akhir sekali elemen terpenting dalam trading adalah Mind Set. Ia membawa kepada 60% elemen yang boleh menyebabkan anda rugi atau tidak.

Dalam trading, jika anda gagal mengawal emosi, ia boleh menyebabkan 2 elemen anda yang sebelum ini hancur. Bahkan ia juga boleh menyebabkan anda menjadi 90% trader yang gagal.

.

.

Justeru, untuk menjadi seorang trader yang berjaya, anda perlukan ketiga-tiga elemen ini dalam diri anda ketika anda trade. Ia akan dapat membantu anda supaya kekal konsisten dalam trading, dan bukan menyebabkan anda menjadi orang yang gagal.

Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Adakah benar yang mereka ini abaikan elemen-elemen penting ini?

Sekiranya anda inginkan jawapan yang lebih meyakinkan, kami sarankan anda pergi berjumpa dengan mana-mana trader dan bertanyakan soalan ini kepada mereka,

“Adakah mereka selalu mendapat keuntungan?”

“Adakah mereka pernah mengalami kerugian atau MC?”

“Kenapa mereka boleh rugi? Apa kesilapan yang mereka lakukan?”

Dari situ anda akan dapat jawapan yang berkait dengan ketiga-tiga elemen tersebut. 

“Menjadi seorang trader sudah membawa anda ke suatu arah yang baik. Akan tetapi, menjadi seorang trader yang terbaik akan mendorong terus anda kepada impian yang ingin capai di masa akan datang.”