Mon. Dec 16th, 2019

Jadi Seperti Gogo

1 min read
Kongsikan artikel ini

Jom baca komik dari AJL di bawah ini..

Dalam komik yang dipaparkan di atas ini adalah kisah mengenai Gogo yang merupakan seorang trader. Sebelum melibatkan diri dalam bidang trading, Gogo telah terlebih dahulu menghadirkan diri ke kelas-kelas trading bagi mengukuhkan ilmu trading di dada.

Oleh sebab Gogo tahu dan faham bahawa pelaburan dalam bidang trading ini sebenarnya memang mempunyai risiko yang tinggi, oleh itu untuk meminimakan risiko tersebut,  Gogo dalami ilmu trading. Sebab Gogo tahu hanya dengan ilmu sahaja yang membolehkan seorang trader buat keputusan yang betul.

Setelah pergi ke kelas trading, Gogo dengan teliti memastikan setiap entry yang dilakukan mesti mengikuti SOP yang telah dipelajari sebelum itu. Gogo tidak berani untuk melakukan entry sesuka hati kerana Gogo telah buat kajian dahulu sebelum itu. Ramai trader yang gagal disebabkan kerana trader tidak mengikut sistem, tetapi mengikut emosi.

Selagi mana belum cukup SOP yang ditetapkan, selagi itu Gogo tidak akan masuk posisi. Kesemua ini adalah untuk mendapatkan entry yang terbaik dan mengurangkan risiko kerugian.

Itulah yang Gogo dengar pesanan dari guru Gogo..

Kalau anda juga adalah seorang trader, dan nak jadi trader yang berjaya suatu hari nanti.. Jadi seperti Gogo.. Sebab ianya satu langkah untuk anda jejakkan kaki anda kepada tapak kejayaan.

BY

AJL