5 December, 2023

4 Tahun TG4M Bersiaran, Kini Sudah Masuk Siri 43

1 min read
Kongsikan artikel ini

Alhamdulillah. Program Trade Gold For Money (TG4M) Siri ke-43 telahpun melabuhkan tirainya pada ahad lepas. Tanpa disedari program TG4M ini telahpun bersiaran selama 4 tahun di Dewan Seminar Wisma Kezo.

Sepanjang berlangsungnya program TG4M ini, terlalu banyak input dan informasi yang dikongsikan oleh Ir Sofian serta Trainer AJL kepada peserta.

Bukan sahaja penerangan mengenai teknik strategi TG4M diterangkan di dalam program tersebut, bahkan pemahaman dan nilai-nilai mengenai 3M juga diterapkan dalam diri setiap trader supaya mereka dapat bersedia dari sudut fizikal dan mental untuk menghadapi dunia trading yang penuh cabaran nanti. 

Peserta yang hadir dari pelbagai negeri turut memeriahkan program dengan bertanyakan soalan-soalan yang memecahkan suasana dingin yang menyelubungi dewan seminar tersebut.

Tahniah dan terima kasih kepada anda yang telah hadir ke program TG4M yang pertama kalinya untuk tahun 2019 ini. Kami dari AJL mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga tuan/puan berjaya menjadi trader berjaya kelak.

Eh.. Untuk anda yang teringin nak belajar trading gold dan buat duit dengan trading ni, jom sertai komuniti kami. Daftarkan diri anda segera ke program TG4M yang akan berlangsung pada 23 Februari 2019 ini.

About Author